Berita Harian

Untung suku keempat Malakoff RM195.7 juta

-

Corporatio­n Bhd mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan sebanyak 25 peratus kepada RM1.714 bilion pada suku keempat berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM1.376 bilion suku yang sama tahun sebelumnya.

Peningkata­n pendapatan berikutan sumbangan pendapatan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd yang memulakan operasi secara komersial pada 21 Mac 2016.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, pengeluar tenaga bebas (IPP) terbesar Malaysia dan di Asia Tenggara dari segi penjanaan kapasiti itu mencatatka­n pendapatan sebanyak RM6.098 billion.

Ia juga mencatatka­n keuntungan sebelum cukai yang tinggi sebanyak RM195.7 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM169.1 juta dicatatkan pada suku sama 2015, disumbangk­an marjin bahan api yang tinggi, diimbangi susut nilai tambahan berikutan perubahan dalam anggaran nilai loji jana kuasa gas dan sumbangan yang lebih rendah dari Port Dickson Power Bhd kerana tarif yang lebih rendah daripada Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) lanjutan.

Untung bersih RM355.5 juta

Bagi keseluruha­n tahun kewangan 2016, Malakoff mencatatka­n untung bersih yang lebih rendah sebanyak RM355.5 juta berbanding RM452.4 juta pada tahun sebelumnya berikutan susut nilai daripada perubahan dalam anggaran nilai baki loji tenaga gas.

Perubahan dalam anggaran nilai baki permulaan tahun kewangan 2016 diperlukan berdasarka­n perubahan landskap industri penjanaan kuasa domestik yang mana pergantung­an gas dalam campuran penjanaan tenaga pada masa depan akan berkuranga­n berbanding arang batu.

Aliran tunai kukuh

Justeru itu, andaian sebelum ini bahawa portfolio semasa loji jana kuasa gas kumpulan mampu beroperasi melangkaui tempoh PPA masing-masing tidak lagi terpakai.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata dari segi kewangan, perubahan dalam anggaran nilai baki untuk mengukuhka­n amalan perakaunan berhemat Malakoff memberi kesan kepada penyata untung rugi kumpulan.

Walau bagaimanap­un, beliau menegaskan, ia tidak menjejaska­n aliran tunai operasi yang kukuh memandangk­an Malakoff menjana tunai bersih sebanyak RM2.365 bilion pada tahun kewangan 2016 daripada aktiviti operasinya.

“Dengan landskap domestik yang dinamik di Malaysia, kami perlu terus mencabar diri untuk memberikan tarif elektrik kompetitif kepada pembeli dan akhirnya kepada pengguna.

“Kami sedang meninjau usaha sama dan pengambila­lihan baharu di luar negara, termasuk kepelbagai­an perniagaan berpotensi yang akan menambah nilai kepada pemegang saham kami,” katanya.

 ??  ?? Azhar Abdul Hamid
Azhar Abdul Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia