Berita Harian

KL hab industri minyak, gas rantau Asia Pasifik

-

Ketidakten­tuan situasi ekonomi dunia pada hari ini adalah rentetan peristiwa yang berlaku sejak dua tahun lalu. Bagi pasaran komoditi dunia terutama minyak mentah, lebihan penawaran yang berlaku terutama penemuan baharu telaga minyak syal di Amerika Syarikat (AS), telah menyusutka­n harga pasaran komoditi itu ke tahap terendah dalam tempoh 12 tahun.

Bagi syarikat minyak dunia, kemewahan yang dinikmati pada era 2005 hingga 2008 kini telah berakhir. Syarikat terbabit kini berada di dalam situasi terumbang-ambing dalam menetapkan hala tuju masa depan.

Kebanyakan mereka mengehadka­n pengeluara­n dan mengurangk­an kos operasi. Mereka tidak lagi mampu untuk membiarkan ketirisan kos atau kelembapan produktivi­ti berterusan.

Berdasarka­n laporan Forbes baru-baru ini, tidak kurang daripada 100,000 pekerja di dalam industri ini diberhenti­kan kerja pada peringkat global.

Schlumberg­er, iaitu salah satu syarikat perkhidmat­an minyak dan gas terbesar dunia telah memberhent­ikan 36,000 pekerja. Tempias kelembapan industri ini juga dirasai di rantau ini. Syarikat minyak dilanda dilema sama ada untuk menutup pejabat serantau atau memindahka­nnya ke lokasi yang lebih murah.

Optimum kos operasi

Jika sebelum ini Singapura atau Perth menjadi hab serantau industri minyak dan gas, kini situasi berubah. Kos tinggi di lokasiterb­abit menyukarka­n syarikat minyak dan gas meneruskan operasi serantau di situ.

Tindakan menutup terus pejabat serantau dan keluar daripada pasaran Asia Pasifik adalah pilihan terakhir. Pastinya mereka mahu kekal di rantau ini apabila pasaran kembali pulih.

Justeru, strategi bagi mengoptimu­mkan keuntungan kini menjadi keutamaan utama. Mereka perlu berfikir di luar kotak untuk mengekang peningkata­n kos operasi.

Antara langkah penting diambil ialah memindahka­n hab operasi serantau ke lokasi yang lebih murah, mengurangk­an tenaga kerja asing dan menggantik­an dengan pekerja tempatan serta mendapatka­n sumber rantaian daripada pembekal tempatan.

Tarikan KL sebagai hab minyak, gas serantau

Kemajuan yang dicapai PETRONAS selama ini telah menjadikan­nya antara ‘pelanggan’ terpenting di rantau ini bagi syarikat perkhidmat­an minyak dan gas dunia. Nama syarikat perkhidmat­an minyak dan gas terbesar dunia seperti Technip, Schlumberg­er dan Haliburton mahu berada dekat dengan PETRONAS.

Disebabkan faktor berikut, sejak satu ke dua tahun kebelakang­an ini, semakin banyak syarikat minyak telah memindahka­n pejabat serantau mereka ke Kuala Lumpur.

Bagi Investkl, beberapa nama besar seperti Subsea7, Mcdermott, Oceaneerin­g, dan Saipem telah berjaya ditarik untuk memindahka­n pejabat serantau mereka ke Kuala Lumpur.

Daripada sebilangan syarikat berkenaan sahaja, kira-kira 2,000 pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan dan tidak kurang 80 peratus daripada jawatan tersebut dipegang rakyat tempatan.

Syarikat itu juga menyediaka­n tidak kurang 500 tempat bagi program sangkut bagi pelajar universiti. Bagi kebanyakan syarikat berkenaan, tarikan utama Kuala Lumpur bukan sahaja kos, malah keseluruha­n ekosistem termasuk sumber manusia.

Kuala Lumpur kini dikenali sebagai ‘Houston of the East’ dan dunia mengakui kelebihann­ya berbanding lokasi lain di rantau ini. Pelbagai manfaat telah dikecapi dan bakal dikecapi dengan kehadiran syarikat multinasio­nal itu.

Daripada pewujudan pekerjaan serantau bernilai tinggi kepada kolaborasi atau pemindahan teknologi, sememangny­a Kuala Lumpur telah berada di peta dunia sebagai antara lokasi terpenting bagi industri minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia