Berita Harian

FBM KLCI menokok 4.90 mata

Pengukuhan belian asing lonjak bursa tempatan

-

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam dan meneruskan sentimen peningkata­n pasaran minggu lalu, didorong terutamany­a oleh belian asing yang lebih kukuh.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.90 mata untuk ditutup kepada 1,712.58 daripada 1,707.68, Jumaat lalu.

Selepas dibuka 1.51 mata lebih rendah kepada 1,706.17 pada jam 9 pagi semalam, indeks itu berlegar sekitar 1,706.17 hingga 1,713.61 sepanjang tempoh dagangan.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 466 berbanding 452, manakala 333 kaunter tidak berubah, 470 tidak didagangka­n dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan turut meningkat kepada 2.49 bilion saham bernilai RM2.22 bilion daripada 2.27 bilion saham bernilai RM2.46 bilion, Jumaat lalu.

Ketua Penyelidik Interpacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata belian bersih ekuiti oleh pelabur asing mencatat lebih RM400 juta bagi minggu berakhir 17 Februari 2017.

“Jumlah ini adalah yang tertinggi sejak enam bulan lepas,” katanya.

Selain itu, Teng Siew berkata, corak aliran peningkata­n pada minggu lalu juga didorong oleh penyertaan pelabur runcit yang kukuh.

Malah, pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Khamis lalu yang melebihi jangkaan, turut menyuntik keyakinan pelabur.

Pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) itu menyaksika­n KDNK Malaysia mencatat pertumbuha­n 4.5 peratus pada suku keempat 2016, disokong oleh peningkata­n berterusan perbelanja­an sektor swasta yang menjurus kepada pertumbuha­n 4.2 peratus bagi keseluruha­n 2016.

Dalam pada itu, saham berwajaran tinggi menyaksika­n Public Bank menokok empat sen kepada RM20.04, Tenaga Nasional naik enam sen sen kepada RM13.54 manakala Sime Darby untung lima sen kepada RM9.20. Bagaimanap­un, Maybank susut empat sen kepada RM8.42.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange untung empat sen kepada 37.5 sen, manakala warannya menokok satu sen kepada 9.5 sen, Bumi Armada naik 2.5 sen kepada 75 sen dan Jag pula susut dua sen kepada 13 sen.

Indeks FBM Emas menambah 32.07 mata kepada 12,053.24, Indeks FBMT 100 menokok 30.08 mata kepada 11,729.43 manakala FBM 70 naik 22.42 mata kepada 13,884.72.

Indeks FBM Emas Syariah pula meningkat 20.34 mata kepada 12,545.20 manakala Indeks FBM ACE bertambah 14.84 mata kepada 5,306.48.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 14.19 mata kepada 3,292.10, namun Indeks Perladanga­n berkuranga­n 73.19 mata kepada 8,073.23 dan Indeks Kewangan susut 3.24 mata kepada 15,063.76.

Perolehan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.84 bilion unit bernilai RM2.10 bilion daripada 1.71 bilion unit bernilai RM2.37 bilion pada Jumaat lalu.

Pasaran ACE meningkat kepada 449.21 juta saham bernilai RM91.68 juta daripada 390.20 juta saham bernilai RM71.13 juta.

Jumlah waran turut meningkat kepada 200.11 juta unit bernilai RM22.54 juta berbanding 146.21 juta unit bernilai RM17.89 juta.

Barangan pengguna menyumbang 131.47 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (327.89 juta), pembinaan (156.98 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (894.07 juta), teknologi (76.22 juta), infrastruk­tur (7.73 juta), SPAC (1.64 juta), kewangan (53.77 juta), hotel (155,900), hartanah (133.55 juta), perladanga­n (33.95 juta), perlombong­an (33,500), REIT (23.60 juta) dan dana tertutup (15,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia