Berita Harian

Prestasi saham Asia meningkat

-

Shanghai ditutup tinggi lebih satu peratus semalam, dengan peniaga diceriakan oleh laporan bahawa dana pencen rasmi China mungkin mula melabur.

Pasaran saham merentasi Asia juga mencatatka­n peningkata­n.

Prestasi kukuh Wall Street minggu lalu juga berterusan selepas saham Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tinggi untuk sesi keenam dalam tujuh sesi pada Jumaat lalu.

Saham Tokyo bangkit daripada kejatuhan yang dicatatkan pada awal dagangan untuk ditutup sedikit tinggi berikutan kelemahan yen memacu belian saham murah pada lewat dagangan semalam.

Shanghai naik 1.18 peratus selepas satu laporan media China bahawa pelaburan peringkat pertama ke dalam saham China oleh dana pencen rasmi negara itu dijangka seawal minggu ini.

“Ini adalah berita gembira dari pasaran tanah besar China. Keyakinan pelabur dan sentimen perdaganga­n dilonjakka­n oleh berita ini,” kata Ketua Ahli Ekonomi Yingda Securities, Li Daxiao kepada AFP.

Saham mewah perbankan menjadi kaunter paling untung di Shanghai dengan Bank of China naik 1.65 peratus kepada 3.69 yuan, sementara itu China CITIC Bank Corp melonjak 2.17 peratus kepada 7.05 yuan.

Dengan pasaran AS ditutup semalam sempena cuti Hari Pre siden, pelabur beralih perhatian dalam perkembang­an korporat dan politik di pasaran global.

Eropah kembali menjadi tumpuan selepas pungutan pendapat memperliha­tkan parti Canselor Jerman, Angela Merkel ketinggala­n berbanding Demokrat Sosial buat kali pertama di bawah kepimpinan­nya menjelang pilihan raya negara itu.

Ketidakten­tuan di Perancis juga menjadi perhatian peniaga.

Sementara itu, saham Unilever jatuh selepas Kraft Heinz menarik balik bidaannya berjumlah AS$143 bilion.

Saham Tokyo kembali positif selepas yen jatuh.

Lazimnya, pengukuhan yen adalah negatif kepada pengekspor­t Jepun kerana ia menjejaska­n nilai keuntungan operasi luar negara.

“Peserta pasaran membeli ketika harga rendah kerana mereka lega melihat yen jatuh,” kata broker Iwaicosmo Securities, Toshikazu Horiuchi kepada AFP.

Dolar AS berada pada paras 113.18 yen, naik berbanding 112.87 di New York pada Jumaat lalu, tetapi jauh lebih rendah 114 yen yang dicatatkan di Tokyo pada permulaan minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia