Berita Harian

GAUN KANAK-KANAK

Si comel tampil menyerlah dengan pelbagai rekaan tempahan khas

-

Aksi kanak-kanak sering mencuri perhatian dengan telatah comel mereka membuatkan orang sekeliling terhibur. Apa saja keletah, aksi mereka tidak menjengkel­kan.

Begitu juga dengan penggayaan pakaian, golongan cilik ini tetap tampak comel, sentiasa menjadi keutamaan ibu bapanya apatah lagi fesyen itu rekaan eksklusif atau tempahan terhad.

Bagi kebanyakan acara, kanak-kanak perempuan kerap dipakaikan gaun kembang kerana menyerlahk­an lagi sisi comel si kecil, feminin dan tampak berbeza daripada kanak-kanak lain.

Kebiasaan gaun tempahan khas ini untuk majlis sambutan hari lahir, busana sedondon untuk flower girl, dijadikan hadiah dan ditempah bagi mereka yang mahukan kelainan daripada rekaan pakaian siap.

Rekaan gaun

Ini mendorong pereka fesyen, Mohd Redzuan Abdul Rahim, 31, menghasilk­an gaun kanak-kanak mengikut tempahan pelanggan yang diinsprasi­kan menerusi rekaan gaun pengantin dari butiknya, Dwen Raha.

Mula menghasilk­an gaun sejak 2010, Mohd Redzuan mengakui, idea asalnya tercetus apabila ada pelanggan mengingink­an rekaan gaun untuk anaknya yang menjadi flower girl.

“Ketika itu saya tidak pernah menghasilk­an gaun kanak-kanak kerana hanya memfokuska­n rekaan busana pengantin yang dimulakan setahun sebelum itu.

“Jadi apabila ada pelanggan mahu gaun untuk si kecil, ia memberikan cabaran kerana ia tidak sama dengan gaun pengantin, berikutan ukurannya yang berbeza,” katanya.

Cipta berbeza

Justeru, Mohd Redzuan membelikan sehelai gaun, lalu melakukan ‘bedah siasat’ untuk mengkaji setiap inci gaun siap berkenaan sebelum menghasilk­an gaun mengikut tempahan pelanggan.

“Ini perkara biasa bagi pereka pakaian, bahkan pembuat kasut, demi merealisas­ikan apa yang ditempah pelanggan kerana percaya pada kita menerusi tempahan yang dibuat.

“Daripada tiada pengalaman, kaedah cubaan hingga berjaya itu membuahkan hasil lalu tercipta gaun siap seperti yang diinginkan pelanggan dan lain daripada yang lain,”” katanya.

Anak keempat daripada enam beradik yang mempunyai kelulusan ijazah perkhidmat­an pelanggan dan diploma pengurusan pejabat berkata, kebanyakan rekaan gaunnya menggunaka­n fabrik kapas, net dan renda.

“Sesuai dengan kanakkanak yang aktif bergerak, fabrik sebegini tidak panas dan membuatkan si manja selesa dan cantik kerana alunan material lembut.

“Berkenaan pilihan warna, kebanyakan rekaan daripada rona pastel dan lembut, sekali gus menyerlahk­an kecomelan si kecil dengan aksesori ringkas seperti reben, lipatan pada pinggang dengan sulaman di dada,” katanya.

Pakaian untuk anak perempuan ini pelbagai, cantik dan tampak comel kerana saiz dan bentuk tubuh kecil, terutama apabila menggayaka­n gaun kembang, baju kurung dan jubah” Mohd Redzuan Abdul Rahim, Pereka fesyen

Mohd Redzuan berkata, meskipun menyedari hakikat gaun siap memberikan persaingan termasuk harga lebih murah, beliau percaya gaun yang ditempah mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Meskipun banyak gaun menarik yang siap dipakai dijual di kedai dan butik, tetapi pelanggan tetap membuat tempahan mengikut cita rasa sendiri.

“Mereka mengingink­an kelainan dan rekaan khusus yang hanya boleh direalisas­i menerusi tempahan, pada harga berpatutan dan sesuai untuk kegunaan majlis lain,” katanya.

Beliau berkata, beberapa tahun lalu, beliau menghasilk­an rekaan gaun siap, namun kembali kepada gaun mengikut tempahan berikutan mahu mengekalka­n nilai eksklusif.

Pelbagai fesyen budak perempuan

Katanya, fesyen kanakkanak perempuan lebih meluas, berbanding anak lelaki yang disifatkan terlalu rumit.

“Pakaian untuk anak perempuan ini pelbagai, cantik dan tampak comel kerana saiz dan bentuk tubuh kecil, terutama apabila menggayaka­n gaun kembang, baju kurung dan jubah.

“Apatah lagi kanakkanak seusia ini pandai menggayaka­n pakaian, suka untuk tampak cantik, tertarik kepada mekap dan dandanan rambut yang menyerlahk­an diri mereka yang comel,” katanya.

Justeru, beliau mengambil inspirasi gaun perkahwina­n kerana ramai ibu muda cenderung untuk tampil sedondon dengan anak mereka.

“Saya mengambil tempahan untuk bayi berusia setahun hingga usia lapan tahun, iaitu gaun, jubah, cape dan pakaian kasual,” katanya yang menghasilk­an gaun mengikut tempahan pelanggan.

Beliau berkata, gaun siap dijual pada harga RM120 hingga RM400, manakala gaun tempahan khas bermula harga RM250.

 ??  ??
 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Mohd Redzuan menunjukka­n baju kanak kanak yang dihasilkan di Butik Dwen Raha, Seri Kembangan.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Mohd Redzuan menunjukka­n baju kanak kanak yang dihasilkan di Butik Dwen Raha, Seri Kembangan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara pakaian kanak-kanak yang terdapat di Butik Dwen Raha.
Antara pakaian kanak-kanak yang terdapat di Butik Dwen Raha.
 ??  ?? Gaya si comel menyerlah dengan gaun tempahan khas.
Gaya si comel menyerlah dengan gaun tempahan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia