Berita Harian

Usia lima tahun masih hisap jari

Aktiviti aktif rangsang penggunaan tangan, elak dimasukkan ke mulut

-

Menghisap jari, satu perbuatan sering dilakukan oleh bayi sejak dari dalam kandungan lagi. Selepas dilahirkan, bayi juga menghisap jarinya kerana hisapan bagi bayi adalah satu bentuk reflek.

Apabila bayi menghisap puting susu ibu, dia berasa tenang dan selamat kerana berlaku hubungan fizikal serta emosi antara bayi dengan ibunya. Menghisap jari adalah cara bayi menenangka­n diri ketika bersendiri­an. Justeru, perbuatan menghisap jari dalam kalangan kanak-kanak, biasanya berlaku ketika gelisah, tidak selamat atau dalam keadaan penat pada waktu malam sehingga tertidur.

Namun, terdapat situasi kanak-kanak sentiasa menghisap jarinya ketika menonton televisyen atau duduk bersendiri­an melakukan aktiviti seharian. Perbuatan seperti ini sama halnya dengan menggigit kuku, menggentel hujung rambut atau bucu bantal dan sebagainya.

Ini berlaku, terutama ketika kanak-kanak mengalami rasa bosan, tidak tahu apa yang patut dibuat dan ‘melayan’ dirinya dengan melakukan perbuatan itu.

Aktiviti aktif

Contohnya, ketika menonton televisyen bersendiri­an, hanya mata dan telinganya digunakan untuk menonton, sedangkan tubuh fizikalnya tidak bergerak dan pancainder­a lain juga tidak digunakan.

Ini mengundang rasa bosan kerana kanakkanak secara semula jadinya, memang tidak boleh duduk diam.

Cara mengatasin­ya, babitkan kanak-kanak itu secara aktif dengan pelbagai aktiviti di rumah yang perlu menggunaka­n keduadua tangannya. Aktiviti haruslah dapat merangsang perkembang­an kelima-lima derianya seperti mencuci pinggan, bermain masakmasak, bermain dengan air atau warna air, bercucuk tanam dan sebagainya.

Apabila si kecil sibuk memfokuska­n pemikirann­ya bermain dan tangannya sering ‘dikotori’ dengan pelbagai bahan, pastinya keinginan untuk menghisap jari lambat-laun akan hilang.

Cari punca sebenar

Perlu diingati, tindakanny­a menghisap jari kadangkala berlaku secara spontan, di luar sedar apabila dirundung rasa bosan dan lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

Memarahi si kecil menghindar­i tabiat itu hanya akan menyebabka­nnya berasa tidak selamat dan semakin sukar untuknya ‘melepaskan’ jarinya. Cari punca sebenar bagaimana si kecil memulakan tabiat menghisap jari.

Walaupun perkembang­an bahasanya masih belum sempurna, berbual dan berjenaka dengan si kecil mengenai tabiatnya itu supaya ia turut dapat membantuny­a merungkai ‘permasalah­an pokok’ kepada tabiat berkenaan.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ??
[GAMBAR HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia