Berita Harian

Anak terlebih aktif

-

Keletah tidak tahu duduk diam bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah adalah fenomena normal dan ini menggambar­kan tahap kesihatan fizikal yang baik serta kecergasan akalnya.

Si kecil yang terlebih tenaga, bergerak dan melompat ke sana ke mari perlu aktif jika terlalu banyak makan makanan bergula supaya lebihan tenaga dapat dikeluarka­n melalui peluh.

Namun, apabila sudah menjangkau­i usia lapan tahun, masih belum dapat mengawal diri untuk duduk diam beberapa minit dan ada saja yang diusik atau digangguny­a, ia disebabkan salah satu dari dua faktor, neurologi atau psikologi.

Punca faktor neurologi berkaitan dengan saraf otak dan biasanya dikaitkan dengan hiperaktif atau ADHD. Si kecil wajar dirujuk kepada pakar kesihatan kanak-kanak bagi mengenal pasti punca sebenar dan diberi rawatan klinikal.

Jika permasalah­annya tiada kaitan dengan saraf otak, kecenderun­gannya secara semula jadi untuk menjadi aktif, ia memang salah satu daripada ciri-ciri sahsiah diri atau personalit­inya.

Elak beri banyak arahan

Fahami dan jaga diet atau pemakanan si kecil. Pelbagai dapatan daripada kajian ilmiah membuktika­n, kadar kandungan gula, penggunaan warna dan penambahan perasa buatan dalam makanan, antara penyebab utama anak-kanak terlebih aktif dan agresif.

Jika kanak-kanak aktif sebegini, elakkan memberinya arahan untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, tunjukkan kepadanya bagaimana melakukan perkara atau aktiviti itu dan ajak dia melakukann­ya bersama-sama.

Apabila berjaya, puji dan elakkan memberi banyak arahan dalam satu masa. Tenaga berlebihan si kecil boleh disalurkan kepada sesuatu yang positif seperti bersukan atau bermain permainan lasak yang sesuai dengan kebolehan dan usianya serta dapat merangsang perkembang­an motor kasar dan halus.

Memberi pelbagai alternatif, lebih baik daripada melarangny­a melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukann­ya. Jika si kecil ingin berkawan, mulakan dengan memberi peluang untuknya bermain hanya dengan seorang kawan. Itu sudah memadai.

Memberi ‘tanggung jawab’ kepada si kecil melakukan pelbagai kerja di rumah mengikut keupayaann­ya dapat membentuk tabiat mulia dan si kecil akan semakin yakin, dia boleh mengawal dan mengurus dirinya dengan baik.

 ??  ?? Anak terlebih aktif perlu ditangani secara bijak.
Anak terlebih aktif perlu ditangani secara bijak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia