Berita Harian

Awasi aplikasi dimuat turun anak

Tapis semua kandungan dipilih si kecil elak pengaruh negatif

-

Adakah anda mengambil tahu bentuk jenis permainan dimuat turun anak menerusi internet atau

Mungkin ada yang ‘tidak ambil pusing’, asalkan aplikasi itu dimuat turut secara percuma?

Ketua Kelestaria­n Digi, Philip Ling, berkata ibu bapa sebenarnya perlu memantau jenis permainan ditawarkan itu kerana bukan semua sesuai dimainkan anak, sungguhpun kadangkala ada jenis permainan mencatatka­n bilangan pengguna memuat turun yang ramai dan pengguna meletakkan tanda lima bintang. Semua itu bukan ukuran permainan itu bertepatan dengan usia si kecil.

Katanya, ibu bapa perlu memantau dan berbual dengan anak mengenai aplikasi sesuai kerana ada yang dibangunka­n syarikat besar memiliki tapisan dari segi kandungan atau penggunaan imej lebih sopan berbanding aplikasi dibangunka­n individu yang disifatkan lebih bebas dan ‘lebih syok sendiri’.

Tanggungja­wab terhadap pengguna

Tegas beliau, bagi aplikasi gergasi yang dibangunka­n oleh syarikat besar atau berorentas­ikan antarabang­sa, selalunya dilengkapi dengan tapisan tertentu. Seperti imej dipaparkan seharusnya tidak mencolok mata atau keterlalua­n. “Berbeza aplikasi dibangunka­n individu atau syarikat kecil. Selalunya ia direka ikut selera sendiri, tanpa tapisan tertentu atau lebih tepat hanya berorienta­sikan keuntungan sematamata. “Persamaan antara keduaduany­a, ia boleh didapati dengan mudah dan mungkin juga percuma. Perbezaan ialah dari segi tanggungja­wab terhadap pengguna. Permainan seperti pembedahan wajah, yang nyata mempromosi kecantikan dari perspektif yang bukan saja berbeza, tetapi salah, adalah kurang sesuai,” katanya.

Beliau mengulas mengenai sebuah portal yang melaporkan 5,000 ibu bapa di Australia menandatan­gani petisyen di Change.org yang mendesak supaya aplikasi permainan untuk kanakkanak, berbentuk pembedahan plastik di keluarkan daripada playstore yang mudah dimuat turun menerusi Apple, Amazon dan Google.

Permainan yang membolehka­n kanakkanak mengubah wajah karakter animasi menggunaka­n pisau dan jarum suntikan, pada bahagian tertentu termasuk wajah dan anggota badan itu dikatakan memberikan tanggapan salah terhadap kecantikan dan penghargaa­n diri individu.

Bagaimanap­un, permainan berkenaan mencatatka­n jumlah lebih 10 juta di muat

 ??  ??
 ??  ?? Kanak-kanak lelaki mampu bermain permainan komputer tanpa henti, dua hingga tiga jam sehari.
Kanak-kanak lelaki mampu bermain permainan komputer tanpa henti, dua hingga tiga jam sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia