Berita Harian

Makanan tambahan ibu hamil

-

Semakin ramai ibu moden memilih produk sesuai sama ada untuk digunakan sebelum dan selepas bersalin bagi memastikan penampilan tetap menawan.

Menyedari perkara ini, tiga produk terbaharu Lamamma, iaitu makanan tambahan Lamamma Prenatal, pengganti alternatif jamu Lamamma Postnatal dan penyelesai masalah rekahan

membantu ibu hamil menjaga penampilan.

Lamamma Postnatal sesuai untuk ibu moden yang mencari alternatif merawat fizikal tubuh sebelum dan selepas melahirkan.

Diperkaya dengan bahan terpilih

Pengarah Urusan Love Connection­s Sdn Bhd, Sheda Said, berkata Lamamma Prenatal pula disediakan kepada ibu hamil kerana ia diperkaya dengan rumusan seperti kurma, madu, buah tin, delima, habbatus sauda dan safron.

Bahan lain seperti minyak ikan, ekstrak brokoli dan vitamin C pula membantu mengelakka­n rasa lesu serta letih sepanjang tempoh kehamilan.

Produk ini membantu mengurangk­an alahan, mual dan muntah yang selalu dihadapi pada trimester pertama, mengurangk­an masalah hemoglobin rendah atau anemia yang sinonim dengan ibu mengandung.

“Pengambila­n makanan tambahan ketika hamil membantu perkemba ngan otak bayi, menambah susu ibu dan mencantikk­an kulit,” katanya.

Lotion pula disarankan dipakai sebaik disahkan hamil bagi mengelakka­n rekahan timbul di sekitar perut, mencerahka­n tompok gelap pada leher, lutut dan celah paha dan rekahan tumit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia