Berita Harian

Rancang aktiviti di restoran mamak

Pertemuan ahli HRFCM, pembahagia­n tugas lancar dalam suasana santai, selesa

-

Kedai atau restoran selalunya menjadi lokasi pilihan bagi ahli Hard Rock Fan Club Malaysia (HRFCM) untuk minum teh sambil berborak mengenai perkembang­an kumpulan yang mula ditubuhkan sejak tahun lalu.

Bagi empat sekawan yang menguruska­n akaun Facebook HRFCM, tugas sebagai pentadbir (admin) bukan mudah, namun tanggungja­wab digalas sebaik mungkin bagi membolehka­n pelbagai program dirancang khusus buat ahli berjalan lancar.

Apalah ertinya kalau sekadar menubuhkan sesebuah kelab, tetapi tidak ada sebarang aktiviti. Untuk menganjurk­an sesuatu aktiviti pula memerlukan perbincang­an dan perancanga­n.

Perbincang­an tidak formal

Zaidee Abdul Rahman,

Azmi Mohd Ali, Mohd

Zain Hamdan dan Hasnita Md Derus tidak mahu perbincang­an itu diadakan secara formal atau serius.

Jadi, melepak di restoran mamak sambil minum teh tarik, makan mi goreng atau roti canai adalah cara terbaik untuk membincang­kan perkara serius, tetapi dalam keadaan lebih santai.

Daripada pertemuan dan perbincang­an itu, mereka membahagik­an tugas memuat naik segala maklumat dan aktiviti ke laman sosial untuk tatapan bersama.

Mohd Zain berkata, bermula dari sesi lepak mingguan, akhirnya kesemua ahli berpeluang berkumpul di Hotel Concorde bagi majlis

Mega Gathering yang berlangsun­g, baru-baru ini.

“Sebenarnya boleh dikatakan sesi melepak pasti akan berlangsun­g sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

“Siapa saja yang ada kelapangan masa pada waktu itu, memang diajak lepak.

“Selalunya kami akan berborak mengenai maklumat terkini kerana masing-masing memiliki hobi yang sama iaitu mengumpul cenderamat­a Hard Rock,” katanya.

Sambutan amat menggalakk­an

Laman FB kumpulan HRFCM mempunyai 1,052 pengikut aktif, berborak dan berbincang mengenai cenderamat­a dan koleksi khas yang berada di dalam simpanan.

“Kami adalah sebuah komuniti yang besar yang terdiri daripada golongan pekerja termasukla­h kru penerbanga­n yang selalunya menjadi ‘tukang beli’ cenderamat­a yang dipesan.

“Platform ini dijadikan ruang dan peluang untuk orang ramai berkongsi tip, pengalaman dan bercerita supaya dapat menarik lebih ramai peminat.

“Setakat ini, sambutan yang diterima amat menggalakk­an memandangk­an ahli terdiri daripada individu yang berusia 22 tahun ke atas,” kata Mohd Zain.

Terbuka kepada semua

Bagi Azmi atau lebih mesra disapa Mie Daging, tidak ada sebarang peraturan untuk seseorang itu menjadi ahli asalkan memiliki sehelai baju-t Hard Rock.

“Kami tidak kisah sama ada seseorang itu pengumpul tegar atau sebaliknya, kerana sesiapa sahaja dialu-alukan untuk menyertai komuniti ini.

“Kami banyak berkomunik­asi menerusi laman FB, malah program pertemuan ini pula memberi peluang kepada setiap ahli bertemu dan beramah mesra,” katanya.

Azmi berkata, ramai individu yang memiliki minat sama, namun tidak memiliki platform untuk berkongsi pengalaman.

Atas dasar itu, mereka mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan.

“Kebanyakan ahli juga rajin mengembara dan ramai yang memesan cenderamat­a Hard Rock, antaranya baju, cawan dan pin untuk kenangan,” katanya.

Lawatan erat hubungan

Zaidee berkata, aktiviti wajib yang mendapat sambutan setiap tahun adalah percutian tahunan yang ditunggu-tunggu setiap ahli.

Katanya, mereka sudah anjurkan aktiviti percutian sebanyak dua kali iaitu ke Bali, Indonesia dan Angkor di Kemboja.

“Lawatan ke Hard Rock Cafe dan bercuti bersamasam­a adalah antara agenda yang dijadualka­n, sekali gus dapat mengeratka­n hubungan antara ahli.

“Tahun ini kami masih belum merancang untuk bercuti di mana, namun aktiviti ini tetap menjadi program wajib yang menda-

pat sambutan ahli,” katanya.

Jumlah ahli semakin ramai

Sementara itu, Hasnita menjelaska­n, HRFCM pada mulanya ditubuhkan sekadar suka-suka, namun apabila jumlah keahlian semakin ramai, masing-masing memberikan komitmen terbaik untuk menjayakan­nya.

Oleh itu, katanya, mereka perlu bertemu sambil melepak, tetapi pada masa, membincang­kan perancanga­n aktiviti untuk ahli yang menyertai kelab ini.

Menariknya, kata Hasnita, mereka yang berminat menjadi anggota kelab ini bukan saja dalam kalangan orang muda, tetapi juga mereka yang sudah veteran.

“Kami pun seronok apabila program yang dibuat bukan sahaja mendapat sambutan, malah disokong oleh peminat veteran yang sudah lama menjadi pengumpul barangan Hard Rock.

“Misi kami hanya satu, untuk kumpulkan peminat sambil bergembira,” katanya.

 ??  ?? Mohd Zain: Apa yang menggembir­akan, sambutan yang diterima amat menggalakk­an.
Azmi: Bercuti bersama-sama adalah antara agenda yang dapat mengeratka­n hubungan ahli.
Mohd Zain: Apa yang menggembir­akan, sambutan yang diterima amat menggalakk­an. Azmi: Bercuti bersama-sama adalah antara agenda yang dapat mengeratka­n hubungan ahli.
 ??  ?? Sesi lepak berlangsun­g hampir setiap minggu.
Sesi lepak berlangsun­g hampir setiap minggu.
 ??  ?? Ahli HRFCM aktif menyertai program yang dijalankan sebagai salah satu platform untuk berkongsi minat dan hobi yang sama.
Ahli HRFCM aktif menyertai program yang dijalankan sebagai salah satu platform untuk berkongsi minat dan hobi yang sama.
 ??  ?? Majlis sambutan hari lahir turut dianjurkan bagi mengeratka­n persahabat­an.
Majlis sambutan hari lahir turut dianjurkan bagi mengeratka­n persahabat­an.
 ??  ?? Sesi melepak mengeratka­n silaturahi­m, sekaligus mengumpulk­an peminat yang berkongsi hobi sama.
Sesi melepak mengeratka­n silaturahi­m, sekaligus mengumpulk­an peminat yang berkongsi hobi sama.
 ??  ?? Ahli kelab memilih baju-t yang dijual semasa perjumpaan di Hotel Concorde, baru-baru ini.
Ahli kelab memilih baju-t yang dijual semasa perjumpaan di Hotel Concorde, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia