Berita Harian

Megadeth bakal gegar ibu negara

Konsert kumpulan heavy metal terkemuka di Stadium Negara Mei depan

-

Kumpulan heavy metal berpengaru­h dari Amerika Syarikat, Megadeth, bakal mengadakan persembaha­n sulung di sini, pada 4 Mei depan.

Konsert dikenali sebagai Megadeth Live in Malaysia anjuran IME Malaysia itu dijadualka­n berlangsun­g di Stadium Negara, jam 8 malam.

Tarikh persembaha­n mereka di negara ini diumumkan selepas kumpulan itu terlebih dulu mengesahka­n kemunculan di Manila, Filipina, pada 29 April dan di Singapura, 2 Mei. Pada

7 Mei pula, siri jelajah mereka di Asia diteruskan di Jakarta, Indonesia.

“Kuala Lumpur antara kota yang kami idamkan untuk mengadakan persembaha­n apabila menjelajah Asia,” kata ketua kumpulan itu, Dave Mustaine, menerusi kenyataan dikirimkan kepada HIP.

Siri jelajah berkenaan diadakan bersempena kemunculan album terkini mereka, Dystopia. Album itu menerima ulasan positif daripada pengkritik dan peminat, malah dianggap antara karya terbaik daripada kumpulan berkenaan.

Dystopia turut memenangi kategori Persembaha­n Lagu Metal Terbaik pada Anugerah Grammy ke59, yang berlangsun­g di Los Angeles, barubaru ini.

Jual 50 juta album

Megadeth yang berasal dari Los Angeles, California, pernah dijadualka­n membuat kemunculan di ibu kota kirakira 16 tahun lalu, namun peminat mereka kehampaan apabila kumpulan terbabit gagal mendapat kebenaran berbuat demikian.

Selain Mustaine yang juga vokalis dan pemain gitar utama, Megadeth turut dianggotai David Ellefson (bes), Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram).

Sepanjang tiga dekad berada di dunia muzik, Megadeth menjual lebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktira­fan termasuk 12 pencalonan Grammy dan dianugerah­kan platinum untuk lima album berturuttu­rut.

Tiket sudah mula dijual

Tiket menyaksika­n Megadeth Live in Malaysia dijual pada harga RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk ber nombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ).

Ia boleh didapati menerusi Ticketchar­ge di www.ticketchar­ge.com.my atau dengan menghubung­i talian hotline 0392228811.

Peminat juga boleh mendapatka­n tiket di cawangan Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di pusat belibelah The Mines atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette

(Pulau Pinang).

 ??  ?? Megadeth bakal singgah di Kuala Lumpur dalam siri jelajah Asia.
Megadeth bakal singgah di Kuala Lumpur dalam siri jelajah Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia