Berita Harian

Reda diuji musibah

-

Sehelai sepinggang dengan wang yang kehabisan cukup membuatkan pelawak dan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz, 28, panik apabila terkandas empat hari hari di Pulau Tioman, Pahang, sejak Ahad lalu, akibat cuaca buruk.

Zulin yang diselamatk­an anggota Tentera Laut

Diraja Malaysia (TLDM) bersama 500 pelancong lain di pulau peranginan itu, pagi semalam, tidak menyangka percutian singkat bersama seorang teman, akhirnya meninggalk­an pengalaman cemas.

“Cuaca sangat teruk dan ombak besar. Jadi pihak berkuasa memberi amaran untuk tidak keluar dari pulau itu sehingga diberitahu. Jadi, saya bersama 500 pelancong lain terpaksa menunggu.

Tidak sedap hati

“Ini membuatkan hati saya tidak tenang.saya risaukan kerja saja. Lebihlebih lagi, saya sudah membuat pengesahan untuk mengacarak­an sebuah majlis.

“Sudahlah baju yang kami bawa tinggal dua helai saja, duit pun tidak cukup. Mahu mengeluark­an wang di mesin

ATM juga tidak boleh kerana perlu naik bot.

“Tak sangka jadi begini. Mujurlah anggota TLDM bersama beberapa pengusaha feri datang memberi bantuan pagi tadi (semalam),” katanya.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abd Aziz dan temannya, bercuti di Pulau Tioman sejak Jumaat lalu. Dia sepatutnya pulang ke

Kuala Lumpur, Ahad lalu, tetapi tidak dibenarkan meninggalk­an pulau peranginan itu oleh Jabatan Laut kerana cuaca buruk.

Tambah Zulin, ketika dalam perjalanan ke

Pulau Tioman, Jumaat lalu, dia sudah mula tidak sedap hati.

“Saya tidak sedap hati apabila feri yang dinaiki berdepan dengan ombak kuat sehingga menyebabka­n saya dan kawan muntah-muntah,” katanya. Pelakon/pengacara

Namun, Zulin bersyukur penduduk kampung di pulau itu memberi pertolonga­n dengan memberi makan dan tempat tinggal.

Hubungi keluarga

Zulin juga sempat memberitah­u majikan mengenai situasi yang dihadapi dan mereka memahami.

“Mujur talian telefon berfungsi. Ia memudahkan saya menghubung­i pihak Suria, keluarga dan teman rapat. Apa yang penting, saya mesti balik ke Kuala Lumpur sebelum Jumaat ini. Ada tugas menanti dan saya sudah mendapat bayarannya.

“Alhamdulil­lah, sekarang saya dalam perjalanan pulang ke

Kuala Lumpur,” katanya.

Reda diuji musibah, sepanjang terkandas di Pulau Tioman, Zulin sedar tidak semua rakan yang dianggap rapat dan baik dengannya, prihatin dengan apa yang terjadi.

Bagi Zulin, insiden itu membuka matanya mengenai kawan yang sebenar.

“Masa kita susah, ramai yang menghantar mesej tanya khabar. Alhamdulil­lah, saya mempunyai kawankawan yang prihatin.

“Tetapi ada juga yang buat tak tahu saja, tidak mengapa. Saya boleh nampak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia