Berita Harian

Sunyi selepas berpisah

-

Selepas dua tahun hidup menduda, Datuk Eizlan Yusof pernah juga dikaitkan dengan beberapa wanita. Malah, ada gosip baharu tersebar mengatakan pelakon ini sudah pun mempunyai teman istimewa.

Bagaimanap­un, bintang Lara Aishah ini mengambil sikap untuk tidak mendedahka­n perkara sebenar, malah terus bermain teka-teki.

“Buat masa sekarang, saya tidak terfikir untuk memberikan ruang dalam hati kepada mana-mana wanita. Begitupun, saya juga tidak pernah menutup terus pintu hati ini untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidup.

“Saya akui berkawan dengan ramai wanita, namun belum berjumpa yang istimewa,” katanya.

Namun, apabila terus diasak mengenai persoalan teman istimewa, Eizlan menyatakan apabila tiba masanya nanti, dia takkan menyorok status diri.

“Jika ada jodoh untuk ke jenjang pelamin sekali lagi, saya pasti akan memaklumka­nnya kepada rakan media,” katanya ringkas.

Luang masa berharga bersama cahaya mata

Sementara itu, Eizlan mengakui dirinya agak kesunyian selepas bercerai. Justeru, dia cuba untuk memastikan dirinya sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja.

Selain lakonan, lelaki ini juga tidak menang tangan menguruska­n beberapa cabang perniagaan, selain menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah (PHD) di Universiti Utara Malaysia.

Meskipun begitu, sesibuk mana dirinya,

Eizlan tetap mencari dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak.

“Jika ada kelapangan masa, saya akan mengambil anak untuk dibawa keluar bagi menghabisk­an masa melakukan bermacam-macam aktiviti bersama-sama. Jadi, ketiadaan saya tidaklah terlalu dirasai mereka.

“Tiada halangan untuk saya mengambil anak-anak pada bila-bila masa saja daripada jagaan bekas isteri. Cuma, kesibukan menyebabka­n masa saya agak terbatas.

“Anak-anak pula seakan sudah faham mengenai status saya dengan ibu mereka. Begitupun apabila mereka bertanya, saya katakan saya sibuk bekerja di luar Kuala Lumpur,” katanya.

Video anak tular di media sosial

Hasil perkahwina­nnya dengan bekas isteri, Vie Santie Harun, Eizlan dikurniaka­n tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 9, Zareef Yusof, 7, dan Vie Zaalia, 4.

Kata Eizlan, bagi mengubat kerinduan, dia merakamkan video aksi anak-anaknya dan memuat naik rakaman berkenaan ke laman sosial. Malah, ada antara video Eizlan bersama anak-anaknya yang menjadi tular di media sosial.

“Tak sangka pula ia menjadi viral di media sosial dan ramai yang berkongsi video terbabit. Memang bukan niat saya untuk mendedahka­n anak-anak dengan dunia hiburan. Video terbabit saya abadikan di Instagram adalah untuk tatapan sendiri apabila berada jauh daripada anakanak dan sebagai pengubat rindu kepada mereka.

“Disebabkan video di Instagram itu juga mungkin ada yang mula menegur anak-anak menyebabka­n Zareef menjadi malu dan segan hinggakan tidak mahu lagi aksinya dirakam,” katanya.

Dua filem bakal temui peminat

Berkongsi perkembang­an terkini kerjaya seninya, Eizlan berkata, dia sekali lagi ditawarkan membintang­i drama 100 episod terbitan Global Station Sdn Bhd. Sebelum ini, dirinya turut terbabit dalam drama rantaian

100 episod, Lara Aishah.

Malah dalam masa terdekat, dua filem lakonannya bakal ditayangka­n di pawagam iaitu Pak Pong dan Balun.

“Tawaran yang diberikan Global Station itu saya anggap sebagai rezeki. Sebe- lum ini, saya ditawarkan membintang­i drama

Lara Aishah, juga terbitan produksi berkenaan. Jadi, ia memudahkan kami untuk terus bekerjasam­a.

“Saya juga mengharap sokongan peminat untuk ke pawagam bagi menonton filem lakonan saya. Kedua-duanya bakal ditayangka­n dalam masa terdekat ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia