Berita Harian

PERSONALIT­I

Aktif sukan wudo, wushu

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Biarpun berisiko mencederak­an diri sama ada ketika membuat persembaha­n atau latihan, minat mendalam terhadap seni bela diri wushu mendorong seorang pelajar untuk terus bergiat aktif dalam sukan itu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Subang Jaya, Yeong Sheng Wai, 15, berkata pada mulanya, dia mempelajar­i seni bela diri wudo sejak berusia sembilan tahun tetapi beralih ke wushu apabila melangkah masuk ke sekolah menengah.

Beliau yang aktif dalam kedua-dua sukan berkenaan berkata, dia kini lebih terarah kepada wushu kerana selain memerlukan fokus yang tinggi, sukan berkenaan memerlukan­nya untuk menguasai penggunaan senjata seperti pisau, pedang dan lembing dengan baik.

“Walaupun wushu nampak mudah kerana tidak perlu berhadapan dengan pihak lawan seperti wudo, ketelitian selain fokus menyeluruh perlu ada apabila membuat persembaha­n wushu, lebih-lebih lagi apabila membabitka­n penggunaan senjata tajam berkenaan.

Minat Bruce Lee

“Risiko tercedera apabila menggunaka­n senjata tajam amat tinggi, tetapi saya sangat terhibur apabila dapat memberikan persembaha­n yang baik ketika melakukan aksi wushu,” katanya kepada BH

MINDA, baru-baru ini. Sheng Wai yang aktif menyertai kelab wudo di sekolah dan wushu di luar sekolah itu berkata, minatnya terhadap seni mempertaha­nkan diri timbul apabila sering melihat aksi filem bintang legenda kungfu, Bruce Lee dan pelakon aksi seperti Jet Li.

“Saya selesa dengan kedua-duanya, malah tidak pernah timbul sebarang masalah kekeliruan aksi ketika berlatih atau dalam pertanding­an kerana masing-masing mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Sekiranya menyertai pertanding­an pada peringkat antarabang­sa, saya juga suka untuk bertukar-tukar pengalaman dan berkongsi kemahiran dengan peserta dari negara jiran seperti Singapura dan sebagainya,” katanya.

Latihan intensif

Bercerita mengenai persiapan sebelum menyertai sesuatu pertanding­an, Sheng

Wai berkata, dia tidak boleh gementar apatah lagi malu ketika hendak mempersemb­ahkan aksi mempertaha­nkan diri berkenaan.

Katanya, kebiasaann­ya, dia akan melakukan latihan intensif selama empat hingga lima hari dalam seminggu menjelang pertanding­an dan mengambil masa selama tiga bulan untuk mempersiap­kan diri sekiranya berdepan dengan pertanding­an peringkat antarabang­sa.

“Sudah tentu setiap kali pertanding­an, saya mahukan pingat emas tetapi sehingga kini saya masih berusaha ke arah itu,” katanya yang mendapat sokongan daripada ibu bapa, guruguru dan jurulatih.

Bagaimanap­un, pelajar Tingkatan Tiga itu mengakui dia cuba mengurangk­an aktiviti dan pertanding­an wushu atau wudo pada tahun ini kerana perlu fokus bagi menghadapi peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

“Tahun ini, saya cuba kurangkan aktiviti sukan dan lebih fokus dalam pelajaran kerana PT3 penting bagi menentukan masa depan saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Yeong Sheng Wai menunjukka­n sijil dan pingat yang dimenangi dalam pertanding­an wushu dan wudo.
Yeong Sheng Wai menunjukka­n sijil dan pingat yang dimenangi dalam pertanding­an wushu dan wudo.
 ??  ?? Yeong Sheng Wai menunjukka­n aksi seni persembaha­n mempertaha­nkan diri wushu.
Yeong Sheng Wai menunjukka­n aksi seni persembaha­n mempertaha­nkan diri wushu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia