Berita Harian

Malaysia bukan kuda tunggangan, tidak tunduk kepada mana-mana negara dalam siasatan kes bunuh Kim Jong-nam: Najib

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia bukan kuda tunggangan dan tidak akan tunduk kepada mana-mana negara dalam siasatan kes bunuh Kim Jong-nam.

Perdana Menteri turut menyifatka­n kenyataan dikeluarka­n oleh Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai sesuatu yang tidak wajar dan dianggap biadab dari segi diplomatik.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan akan berdiri teguh dengan prinsipnya serta tidak akan tunduk dengan tekanan daripada pihak luar.

“Tiada sebab untuk Malaysia melakukan sesuatu yang boleh membuatkan imej Korea Utara terjejas. Kami akan lebih objektif dan berharap mereka (Kerajaan Korea Utara) memahami bahawa Malaysia siasat mengikut peraturan undang-undang,” katanya.

Bantu, bukan buat tuduhan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program temu duga terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat zon tengah 2017 dan pelancaran buku dan sistem SL1M di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Kerajaan Korea Utara sepatutnya membantu Malaysia dalam siasatan Jong-nam dan bukannya membuat tuduhan tidak berasas.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata negara luar tidak perlu mempersoal­kan kepakaran pasukan forensik Malaysia dan kemampuan mereka menjalanka­n tugas secara profesiona­l.

Miliki pengalaman luas

Katanya, pakar forensik negara bukan saja memiliki kepakaran tinggi, malah berpengala­man luas seperti dibuktikan ketika mengesahka­n identiti mangsa nahas pesawat MH17.

“Pasukan kita berada di Belanda bersama pasukan forensik anta- rabangsa ketika kita terbabit dalam mengenalpa­sti semua mangsa nahas MH17, membabitka­n hampir 200 cebisan mayat mangsa.

“Pasukan forensik kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengenalpa­sti semua itu... apabila jumpa cebisan tangan, kita boleh kesan ia milik siapa.

“Kita memiliki material yang cukup untuk mengesahka­n identiti mangsa (Jong-nam) kerana ia bukan tugas sukar. Jangan persoalkan kapasiti kita untuk menjalanka­n tugas secara profesiona­l,” katanya selepas majlis Pecah Tanah Pusat Gamma Knife dan Perasmian Wad Kristal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, semalam.

Kami akan lebih objektif dan berharap mereka (Kerajaan Korea Utara) memahami bahawa Malaysia siasat mengikut peraturan undangunda­ng” Najib Razak, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia