Berita Harian

SL1M saluran terbaik graduan cari kerja

Lebih 25,000 jawatan untuk diisi menerusi program pertama di PWTC

- Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com.my

Graduan atau pencari kerja yang mengimpika­n pekerjaan dari syarikat gergasi dan ternama perlu merebut peluang mengunjung­i Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah yang berakhir hari ini.

Program dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, dikelolaka­n Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan sokongan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Dilaksanak­an khusus bagi membantu meningkatk­an kebolehpas­aran graduan, program pertama yang dianjurkan bagi tahun ini menawarkan lebih 25,000 peluang pekerjaan dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang pendidikan.

Banyak pilihan kerjaya

Bagi lepasan Diploma Kejururawa­tan, Muhamad Ikram Norazman, 25, kunjungan ke program itu memberi banyak pilihan pekerjaan buatnya yang sebelum ini pernah bekerja sebagai jururawat di pusat perubatan swasta selama tiga tahun.

“Saya kemudian berhenti kerana berniaga di Australia sebelum kembali ke tanah air, Disember lalu untuk bekerja dalam bidang perubatan atau di pejabat. Saya mendapat tahu mengenai program ini selepas membaca BH dan

tidak mahu terlepas peluang.

“Banyak pekerjaan disediakan di sini dan saya nasihatkan kepada orang ramai yang masih mencari kerja, jangan lepas peluang mengunjung­i program ini,” katanya.

Sementara itu, Celestina Yutah, 25 dari Kota Kinabalu, Sabah, bersetuju penganjura­n program SL1M memberi peluang pekerjaan terpantas buat graduan.

“Saya hanya menganggur dua bulan selepas tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah. Saya memohon mengikuti program SL1M pada Mac 2016 dan selepas seminggu dipanggil mengikuti latihan sambil bekerja dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

“Saya gembira kerana sudah menjadi sebahagian warga kerja MAB dengan tugasan di bahagian khidmat pelanggan,” kata graduan

Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabang­sa itu.

Bagi Manbir Kaur Sukbir Singh yang menyertai program sulung SLIM pada 2011, inisiatif kerajaan itu membolehka­nnya mengikuti program dengan Maybank dan kini bertugas sebagai eksekutif.

Ditawar biasiswa

“Saya bukan sahaja dapat bekerja dengan bank ternama, tetapi turut ditawarkan biasiswa untuk melanjutka­n pengajian peringkat sarjana secara separuh masa dan berjaya menamatkan­nya sebelum umur 30 tahun.

“Nasihat saya kepada graduan yang masih mencari kerja, ikuti program SL1M kerana ia memberi peluang pekerjaan menarik,” katanya yang sudah lima tahun berkhidmat dengan Maybank.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Peserta SL1M membuat pendaftara­n pada Program Temu Duga Terbuka SL1M di PWTC, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Peserta SL1M membuat pendaftara­n pada Program Temu Duga Terbuka SL1M di PWTC, semalam.
 ??  ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (kiri) bersama peserta SLIM yang berjaya ketika hadir pada Program Temu Duga Terbuka SL1M, di PWTC, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (kiri) bersama peserta SLIM yang berjaya ketika hadir pada Program Temu Duga Terbuka SL1M, di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia