Berita Harian

Jong-nam hidup dalam ketakutan, paranoia

Mangsa bersembuny­i daripada rejim adik, tak minat dengan kuasa

-

Abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jongnam menghabisk­an tahun-tahun terakhir hayatnya dengan hidup dalam ketakutan dan paranoia, bersembuny­i daripada rejim adiknya, Kim Jong-un.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar Guardian, seorang rakan rapat Jong-nam, memberitah­u pandangann­ya yang terbuka dan personalit­i yang menyebabka­nnya terpaksa hidup dalam buangan dan mungkin juga punca kematianny­a.

Rakan lama Jong-nam, Anthony Sahakian, berkata lelaki itu yang dikenali sebagai ‘Lee’ olehnya, hidup dengan mengetahui Jong-un, melihat beliau sebagai ancaman kepada pemerintah­an kuku besinya selepas kematian bapa mereka, Kim Jong-il, pada 2011.

“Kami pernah berbincang mengenai rejim adiknya, mengenai apa yang berlaku di Korea Utara. Satu perkara yang saya boleh katakan, beliau tidak berminat dengan kuasa.

“Beliau mahu keluar. Lee (Jong-nam) tidak bercita-cita memerintah negara itu. Beliau tidak menerima atau menghargai apa yang terjadi di sana,” kata Sahakian, 44.

Sahakian berkata, Jong-nam memang takut dan paranoia.

“Beliau bimbang. Sudah tentu beliau bimbang,” katanya.

Tidak dapat dipastikan mengapa Jong-nam, pewaris pertama, disingkirk­an.

Jadi anak kesayangan

Ibu saudara sebelah ibunya pernah menerbitka­n memoir menyatakan Jong-il amat menyayangi anak lelaki sulungnya, malah memanggiln­ya sebagai ‘baby’.

Namun, datuk kepada Jongnam iaitu Kim Il-sung, yang juga pengasas Korea Utara moden tidak merestui hubungan luar nikah antara Jong-il dengan ibunya, seorang pelakon filem Korea.

Tolak tawaran pengajian

Sementara itu, anak lelaki Kim Rakan lama Jong-nam, Kim Han-sol yang diberi amaran mengenai keselamata­nnya sebelum bapanya dibunuh, minggu lalu, dikatakan menolak tawaran menyambung pengajian ijazah sarjana di Universiti Oxford.

Akhbar Daily Mail memetik sumber di China sebagai berkata, Han-sol, 23, hidup dalam ketakutan berikutan bimbang dibunuh oleh ejen risikan Korea Utara.

Dikawal ketat di Macau

Dia kini dikawal ketat pengawal bersenjata bersama ibunya, Ri Hye-kyong dan adik perempuann­ya, Sol-hui, 18, di Macau.

Media itu menyebut, Han-sol dan bapanya pernah dinasihatk­an supaya tidak melakukan perjalanan ke luar Macau dan China atas sebab keselamata­n.

Bagaimanap­un, Jong-nam yang gemar berfoya-foya dan berjudi, tidak mengendahk­an amaran itu dengan mengunjung­i Malaysia, awal bulan ini.

Han-sol belajar jurusan politik di Paris, selama tiga tahun sebelum pulang semula ke Macau musim panas lalu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, keluarga Jongnam ketika ini dalam perlindung­an polis di jajahan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia