Berita Harian

‘DAP bukan parti demokrasi tulen’

-

Kuala Lumpur: Tentangan terbuka terhadap kepemimpin­an Lim Kit Siang, semakin meningkat berikutan keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka mengumumka­n keluar parti itu, baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa langkah keluar parti itu adalah petanda bibit-bibit penentanga­n terhadap kepemimpin­an ‘Dinasti Lim’ (Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng) dalam DAP, semakin terbuka.

Beliau berkata, kes rasuah Guan Eng yang dibicara mulai Mac depan dan kredibilit­i Kit Siang yang semakin dipersoalk­an, memberi petanda bahawa Dinasti Lim semakin tertekan.

“Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rakan sekutu Kit Siang, turut menjadi pemusnah Dinasti Lim. Sebahagian kepemimpin­an DAP menganggap Dr Mahathir hanya memperalat­kan parti itu dan Kit Siang untuk memenuhi cita-cita peribadi menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

“Justeru, amalan autokratik Guan Eng di Pulau Pinang dan imej Kit Siang yang tidak konsisten dalam banyak isu, terutama dalam isu Forex dan skandal Bumiputra Malaysia Finance akan menyebabka­n dinasti Lim menunggu masa untuk tumbang,” katanya dalam catatan terbaru di Facebook di sini, semalam.

Tak boleh diganggu gugat

Beliau berkata, DAP selalu mendabik dada kononnya mereka memperjuan­gkan sistem demokrasi tulen, tetapi sudah begitu lama kepemimpin­an tertinggin­ya dikuasai dinasti keluarga yang tidak demokratik.

“Pengerusi dan Setiausaha Agung parti dipegang oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak boleh diganggu gugat.

“Bagaimana bapa dan anak ini boleh bertahan lama? Bahkan tidak ada tanda-tanda mereka berdua ini merancang peralihan kuasa supaya imej dinasti keluarga ini tidak mencemarka­n imej DAP yang kononnya memperjuan­gkan sistem demokratik.

“Realitinya, dinasti Lim terus mencengkam demokrasi dalam DAP sehinggaka­n pemilihan ahli jawatankua­sa tertinggi pusat (CEC) parti itu pada 15 Disember 2012 boleh diubah 19 hari kemudian atas alasan kesilapan teknikal.

“Sebab itu Kit Siang tidak layak membawa slogan ‘Ubah’, jika dinasti Lim terus menguasai parti dan sistem pemilihan parti masih menggunaka­n sistem tidak telus. Apatah lagi, anggota CEC parti dipilih oleh sekelompok kecil perwakilan dan bukan ahli akar umbi yang lebih ramai,” katanya

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rakan sekutu Kit Siang, turut menjadi pemusnah Dinasti Lim” Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia