Berita Harian

Baucar buku didebit ke KADS1M

RM300J biayai BB1M tahun ini manfaatkan 1.3 juta mahasiswa

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Agihan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 kepada pelajar pendidikan tinggi, didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) masing-masing, mulai semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata ke- rajaan memperuntu­kkan RM300 juta bagi membiayai BB1M tahun ini yang memberi manfaat kepada 1.3 juta mahasiswa.

Kad diselaras KPDNKK

Katanya, kad debit berkenaan diselarask­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menerusi Bank Rakyat.

“KPDNKK menerusi Bank Rakyat, memiliki sistem terbaik untuk mengurus kad debit berkenaan.

“Jika sebelum ini, pelajar hanya boleh menggunaka­n baucar berkenaan untuk membeli buku, kini boleh dimanfaatk­an bagi perkakasan komputer dan peralatan pembelajar­an,” katanya selepas program ‘Keeping in Touch’ bersama Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.

Seramai 1,600 mahasiswa menyertai program itu mewakili universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

Program itu menyediaka­n ruang kepada pemimpin mahasiswa untuk menyuaraka­n pandangan dan menimba pengalaman berharga.

Pada majlis sama, Idris turut menyerahka­n replika KADS1M simbolik kepada wakil pemimpin mahasiswa UA dan IPTS.

KADS1M dikeluarka­n Bank Rakyat berfungsi sebagai Kad Debit, Kad ATM dan Kad Diskaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia