Berita Harian

RM20 juta atasi banjir di Lenggong

-

Lenggong: Masalah banjir yang kerap berlaku di Parlimen Lenggong, Perak, berikutan pembanguna­n tanah di hulu Sungai Perak dijangka diatasi dengan kerja mendalamka­n dan melebarkan sungai utama di daerah itu.

Ia sebahagian daripada penyelesai­an menyeluruh masalah banjir di Perak melalui Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa 1 dengan peruntukan keseluruha­n RM250 juta.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Hamim Samuri, berkata pembanguna­n itu membabitka­n beberapa anak sungai utama di Lenggong, terutama Sungai Kenderong, selain beberapa kawasan sekitar yang dikatakan penyebab berlaku banjir di kawasan itu.

“Kerja menaik taraf Sungai Kenderong, termasuk melebar serta mendalamka­n sungai, membina ban, penambahan pembetung dan pembinaan struktur pengukuhan tebing di beberapa kawasan.

Bincang peranan, masalah

“Pegawai daerah, wakil rakyat serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian akan berbincang bagi masalah itu berdasarka­n peranan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas meninjau Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Gerik Fasa 1 di sini semalam.

Hamim berkata, RTB Gerik Fasa 1 itu meliputi kerja menaik taraf Sungai Kenderong sepanjang 2,350 meter dengan peruntukan RM20 juta.

“JPS mempunyai pelbagai program, termasuk Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) dan sistem pengurusan air bersepadu bagi mengatasi masalah banjir.

“Bagaimanap­un, dalam masa terdekat, JPS diminta menyediaka­n senarai mengikut keutamaan yang akan diserahkan kepada wakil rakyat untuk dilengkapk­an mengenai apa sahaja aduan daripada masyarakat setempat berkaitan banjir terutama kawasan yang perlu mendapat perhatian segera,” katanya.

 ??  ?? Dr Hamim Samuri
Dr Hamim Samuri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia