Berita Harian

Tiang lampu ada, jalan tetap gelap

Penduduk Taman Muda, Ampang dakwa kerosakan sudah dua bulan tak dibaiki

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@bh.co.my

Lebih dua bulan bergelap kerana lampu jalan tidak berfungsi mengundang rasa bimbang dalam kalangan penduduk di sekitar Jalan Mawar, Taman Muda, Ampang, di sini.

Situasi itu yang membabitka­n sepanjang jalan berkenaan yang sejauh kira-kira 300 meter menyebabka­n jalan berkenaan gelap dan mendatangk­an bahaya terutama kegiatan jenayah samun dengan ada yang sudah menjadi mangsa.

Justeru, Biro Perkhidmat­an dan Aduan Awam Parti GERAKAN menggesa Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) membaiki lampu jalan berkenaan dengan segera supaya tiada lagi timbul insiden buruk kepada penduduk sekitar.

Ketua Bironya, Ben Liew Pok Boon, berkata pihaknya menerima beberapa aduan daripada penduduk, terutama di sekitar Taman Muda yang bimbang kegiatan jenayah akan semakin berleluasa sekiranya lampu jalan tidak dibaiki segera.

Malah katanya, kedai membaiki motosikal yang terletak berdekatan jalan itu disamun pada bulan lalu yang menyebabka­n pemiliknya mengalami kerugian ribuan ringgit.

“Disebabkan lokasi kedai motosikal itu gelap berikutan lampu jalan rosak, ada penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak mereka.

Cermin kereta dipecahkan

“Bukan itu saja, cermin sebuah kenderaan yang diparkir 10 meter dari kedai berkenaan juga dipecahkan bagi mencuri barang berharga yang terdapat dalam kereta berkenaan.

“Oleh itu kami akan menghantar surat aduan kepada Yang Dipertua MPAJ (Abd Hamid Hussain) untuk memaklumka­n perkara itu,” katanya kepada BH.

Pok Boon berkata, keadaan jalan yang gelap seumpama itu boleh menjadi tempat ‘kegemaran’ penjenayah untuk melakukan pelbagai kegiatan yang memberikan risiko keselamata­n kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, katanya, disebabkan jalan yang gelap, seorang penduduk warga emas mengalami kecederaan kerana terjatuh dalam longkang.

“Kami juga bimbang dengan keselamata­n penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan pada waktu malam. Kes samun serta ragut boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya tiada tindakan diambil oleh MPAJ.

“Kita tidak mahu keadaan semakin teruk baru mahu bertindak kerana boleh menyebabka­n ramai lagi penduduk menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Disebabkan lokasi kedai motosikal itu gelap berikutan lampu jalan rosak, ada penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak mereka” Ben Liew Pok Boon, Ketua Biro Perkhidmat­an dan Aduan Awam Parti GERAKAN

 ??  ?? Keadaan sepanjang kira-kira 300 meter Jalan Mawar, Ampang berdekatan Taman Muda yang gelap berikutan lampu jalan rosak.
Keadaan sepanjang kira-kira 300 meter Jalan Mawar, Ampang berdekatan Taman Muda yang gelap berikutan lampu jalan rosak.
 ??  ?? Cermin kereta yang diparkir dipecahkan penjenayah.
Cermin kereta yang diparkir dipecahkan penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia