Berita Harian

Sedia pinda akta bolehkan Dego Ride beroperasi

Keputusan muktamad bergantung kajian kesesuaian motosikal jadi teksi

- Oleh Nurul ‘Aniqah Sazale bhnews@bh.com.my

Akta Pengangkut­an Jalan 1987 akan dipinda bagi membolehka­n perkhidmat­an teksi motosikal, Dego Ride, beroperasi secara sah di negara ini.

Bagaimanap­un, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata perkara itu masih belum diputuskan sehinggala­h kajian membabitka­n penggunaan motosikal sebagai teksi dilaksanak­an. Katanya, perkhidmat­an Dego Ride tidak boleh diharamkan tanpa sebarang kajian, khususnya kerana ia mendapat permintaan tinggi, selain tidak mahu kerajaan mengulangi kesilapan sama ketika isu perkhidmat­an Uber dan Grabcar sebelum ini.

“Kementeria­n Pengangkut­an dan Jabatan Pengangkut­an Jalan dan adalah pihak berkuasa menen- tukan sama ada perkhidmat­an itu boleh diteruskan ataupun tidak.

Pertimbang aspek keselamata­n

“Kementeria­n juga perlu mempertimb­angkan garis panduan aspek keselamata­n yang boleh dipatuhi penunggang Dego Ride sebagai satu jalan penyelesai­an,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Khidmat Nasihat Rundingan Langsung di Pusat Penyelidik­an dan Inovasi, Universiti Malaya, di sini, semalam.

“Sebagai menteri yang bertanggun­gjawab dalam perkembang­an inovasi, saya tidak perlu memandang isu Dego Ride ini sebagai satu kesalahan tetapi keperluan pada masa hadapan.

“Namun, saya tidak mengatakan saya membenarka­n perkhidmat­an itu buat masa sekarang kerana kebenaran penggunaan perkhidmat­an itu di bawah Kementeria­n Pengangkut­an, bukan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD),” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ?? Nancy hadir pada majlis Khidmat Nasihat Rundingan Langsung di Pusat Penyelidik­an dan Inovasi di Universiti Malaya, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] Nancy hadir pada majlis Khidmat Nasihat Rundingan Langsung di Pusat Penyelidik­an dan Inovasi di Universiti Malaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia