Berita Harian

Laporan polis kes lesap wang PEMANGKIN

-

Kuala Lumpur: Dua ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembanguna­n Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN) didesak menjelaska­n mengenai ‚kehilangan‘ wang berjumlah RM504,617.92 daripada akaun yayasan itu.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Datuk Shahlan Ismail, berkata sehingga mereka gagal memberi penjelasan berhubung kehilangan wang dalam akaun berkenaan.

“Hingga saat ini, tiada penjelasan atau afidavit yang dapat menjelaska­n ke mana wang itu dibuat oleh dua pengarah terbabit.

Mahu siasatan menyeluruh

“Justeru, saya membuat laporan polis hari ini (semalam) agar polis dapat menyiasat secara menyeluruh sama ada wujud kesalahan dilakukan dua pengarah terbabit dengan ‘kehilangan’ wang dalam akaun PEMANGKIN,” katanya yang tidak menyebut nama kedua-dua ahli lembaga pengarah itu.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini, semalam.

Dalam laporan polis itu, Shahlan mendakwa dua pengarah terbabit menyalahgu­nakan dan melesapkan wang PEMANGKIN yang digunakan untuk perbelanja­an anak yatim, anak miskin dan ibu tunggal.

Katanya, kedua-duanya dikatakan mengeluark­an wang berjumlah RM2.5 juta daripada akaun PEMANGKIN di Bank Islam Malaysia Berhad pada 8 November 2015 dan dipindahka­n ke akaun baharu di CIMB Islamic Bank Berhad.

Namun jumlah yang dipindahka­n tidak penuh dan terdapat kekurangan sebanyak RM504,617.92.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia