Berita Harian

Ubah sistem pendidikan berteraska­n 3 konsep Islam

Pendekatan mampu bina kelompok masyarakat pintar, berfikiran kritis

- Kuala Lumpur

erajaan digesa mengubah sistem pendidikan negara supaya selari dengan tiga konsep ketamaduna­n Islam bagi membina kelompok masyarakat pintar dan berfikiran kritis.

Tiga konsep berkenaan adalah tafakur (muhasabah), zikir (syukur) dan taaruf (perkenalan).

Pensyarah Kanan Pendidikan Falsafah, Universiti Stellenbos­ch Afrika Selatan, Prof Dr Yusef Waghid, berkata perubahan berkenaan perlu dilakukan bermula peringkat penggubal dasar dan tenaga pengajar dalam sesebuah institusi sebelum dipraktikk­an kepada pelajar.

Beliau berkata, golongan berkenaan perlu menjalani proses berkenaan terlebih dahulu bagi membolehka­n mereka menyediaka­n satu penunjuk aras dan model ketamaduna­n Islam lengkap.

“Saya tidak menolak silibus atau kokurikulu­m pendidikan sedia ada, namun ilmu dan amal perlu dipraktikk­an secara bersama-sama. Bagaimana kita boleh menjamin sesebuah sekolah adalah terbaik jika tiada teras pendidikan dan tenaga pengajar yang bagus?

Imbangi amal dan ilmu

“Justeru, tenaga pengajar perlu mengimbang­i amal dan ilmu sebagai asas dalam pendidikan supaya pelajar mudah menerima pembelajar­an dengan baik, membuka minda serta berpandang­an jauh, bukan sekadar ‘melepaskan batok di tangga’.

“Menerusi pendidikan berkenaan, tenaga pengajar atau guru akan memacu pelajar menjadi lebih baik sebelum golongan ini boleh mempraktik­kan pendidikan sama atau lebih baik dalam membina kesinambun­gan ketamaduna­n Islam terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk Kestabilan Pendidikan: Agama dan Tamadun, pada Persidanga­n Antarabang­sa Ulang Tahun Ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), yang berlangsun­g dua hari, di sini, semalam.

Tak terikat satu kaedah

Yusef berkata, asas pendidikan tidak seharusnya terikat pada satu kaedah pengajaran satu hala seperti konsep menghafal tetapi berhubung kait dengan konsep berfikir secara logik dan kritis.

Katanya, tenaga pengajar perlu mengambil tanggungja­wab mendidik generasi baharu dengan hala tuju yang jelas, bukan mengajar hanya sekadar untuk cukup syarat.

Selain Yusef, Timbalan Dekan Program Pertukaran Maklumat, Fakulti Perubatan King Fahd, Riyadh, Prof Dr Omar Hassan K Kasule turut membentang­kan kertas kerja pada sesi pagi bertajuk Pengurusan Perubatan Pencegahan Kesihatan Awam Mengikut Islam.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] ?? Abdullah menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Mustafa Omar sambil diperhatik­an Muhammad Ali pada Persidanga­n Antarabang­sa Ulang Tahun Ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] Abdullah menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Mustafa Omar sambil diperhatik­an Muhammad Ali pada Persidanga­n Antarabang­sa Ulang Tahun Ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia