Berita Harian

GLC, swasta digalak sertai wakaf korporat

-

Kuala Lumpur: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini digalak bergabung di bawah satu konsortium institusi wakaf korporat untuk mengembang­kan lagi ekonomi serta aset syarikat.

Presiden Dewan Perdaganga­n Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata wakaf korporat adalah satu bentuk wakaf moden yang perlu dilihat dalam aspek lebih besar sebagai modal pelaburan jangka panjang.

Beliau berkata, ia bertujuan menggemble­ng pelaburan daripada orang ramai khususnya umat Islam dan memastikan pemilikan ekuiti kekal terhadap ekonomi Islam.

“Sekiranya konsortium berjaya diwujudkan dengan penyertaan lebih banyak syarikat, secara tidak langsung aset turut bertambah dan badan korporat berkenaan akan berkembang pesat, sekali gus menjadi entiti pemegang kuasa ekonomi.

Wakaf korporat adalah revolusi

“Aset badan korporat juga terjamin dengan syarat tadbir urus yang baik. Tambahan pula, wakaf korporat adalah revolusi daripada wakaf pasif seperti digunakan orang ramai ketika ini.

“Menerusi wakaf korporat juga, perniagaan boleh berkembang tidak terhad dalam negara, tetapi boleh diperluask­an ke pelaburan ekonomi dunia,” katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk Wakaf Korporat: Mencipta Semula Cara Memberi dan Menjaga pada Persidanga­n Antarabang­sa Ulang Tahun Ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, semalam.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin.

Mengulas lanjut, Muhammad Ali berkata, kedudukan ekonomi dunia ketika ini semakin tenat hingga mengakibat­kan kebergantu­ngan kepada kuasa besar berikutan pegangan harta kebanyakan­nya dikuasai golongan kapitalis.

Ubah persepsi

Sementara itu, dalam pembentang­an kertas kerja kesihatan, Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), Dr Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, berkata umat Islam di negara ini perlu mengubah persepsi dan mentaliti supaya yakin perubatan moden adalah berasas daripada tamadun Islam, bukannya Barat sematamata.

Katanya, mengikut sejarah, asas perubatan moden diamalkan ketika ini adalah daripada tamadun Islam seperti Uthmaniyah, Abbasiyah dan Andalusia.

“Doktor atau pakar bersama agamawan perlu bekerjasam­a dalam menjelaska­n kepada masyarakat mengenai kaedah digunakan dalam perubatan supaya tidak menimbulka­n keraguan dalam kalangan mereka.

“Jawatankua­sa khas membabitka­n agamawan dan doktor untuk menyelesai­kan isu perubatan boleh difikirkan dalam usaha mengembali­kan keyakinan umat Islam terhadap perubatan moden, walaupun agak sukar direalisas­ikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia