Berita Harian

Bapa pengarang HM meninggal dunia

-

Ahli keluarga Allahyarha­m menyiram air ke pusara. Selayang: Mohamed Majid, 90, bapa kepada Pengarang Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa Harian Metro (HM), Shariffudd­in Mohamed, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 11.55 pagi di Hospital Selayang, di sini, semalam.

Allahyarha­m yang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 8 Februari lalu, menghembus­kan nafas terakhir di hadapan keluargany­a.

Anak kedua Allahyarha­m, Fauziah, 64, berkata Allahyarha­m kelihatan sihat dan boleh menguruska­n diri sendiri sebelum diserang demam panas serta dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Namun, Allah lebih menyayangi­nya selepas abang sulung kami, Ishak yang meninggal dunia pada 1 Disember lalu,” katanya ketika di temui di Tanah Perkuburan Selayang Baru, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan HM, Datuk Mustapa Omar; Timbalan Pengarang Kumpulan HM, Ahmad@salim Bachok dan Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/bpi) HM, Othman Mamat.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Shariffudd­in (tengah) bersama ahli keluarga di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Selayang Baru, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Shariffudd­in (tengah) bersama ahli keluarga di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Selayang Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia