Berita Harian

‘Skim kereta sewa segera milik’ tidak sah

-

Kuala Lumpur: Perjanjian ‘skim kereta sewa segera milik’ adalah tidak sah dan bertentang­an Akta Sewa Beli 1967 kerana ia tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank.

Peguam, Hasif Hasan, berkata meskipun pihak pengusaha kereta mendakwa dokumen perjanjian itu adalah sah dan dibuat mengikut prosedur undang-undang, perjanjian itu tidak boleh dilaksanak­an kerana pemilik asal tidak berhak menjual kenderaan berkenaan kepada pihak ketiga.

Katanya, Akta Sewa Beli hanya membabitka­n penyewa dan bank, manakala sebarang perjanjian yang membabitka­n pihak ketiga adalah tidak sah dan terbatal.

“Perjanjian seperti ini tidak memberi hak kepada penyewa lain untuk mendapatka­n pemilikan kenderaan itu dan tidak membantu jika berlaku sebarang masalah seperti kecurian dan kemalangan kerana penyewa asal masih mempunyai hak mutlak ke atas kereta itu.

“Akibatnya lebih teruk sekiranya penyewa asal meninggal dunia kerana waris yang layak boleh mengabaika­n surat perjanjian itu dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa. Ketika itu, laporan polis juga tidak berguna kerana perjanjian itu tidak sah,” katanya ketika dihubungi BH.

Guna ahli kongsi gelap

Hasif berkata, biasanya pihak pengusaha kereta terpaksa menggunaka­n khidmat ahli kongsi gelap untuk melaksanak­an perjanjian itu, terutama jika penyewa gagal melakukan pembayaran bulanan.

“Mereka tiada hak mengambil tindakan undang-undang ke atas penyewa baharu dan inilah satusatuny­a cara untuk mendapatka­n semula kereta jika penyewa baharu enggan memulangka­n secara baik,” katanya.

Beliau berkata, jika berlaku kemalangan, penyewa baharu tidak dilindungi insurans kerana pemilik kenderaan membuat sewaan kereta kepada penyewa lain.

“Penyewa baharu hanya berhak membuat tuntutan jika syarikat atau pemilik kereta ada insurans untuk sewaan. Ada juga yang meletakkan nama penyewa baharu sebagai nama pemandu kedua bagi memudahkan tuntutan insurans,” katanya.

Sementara itu, jurucakap sebuah syarikat insurans kereta, berkata, pemandu yang memandu kenderaan hak milik pihak lain dengan kebenaran pemilik boleh membuat tuntutan insurans kereta jika kenderaan yang diinsurans­kan itu terbabit kemalangan.

Tiada hak tuntut insurans

Bagaimanap­un, katanya, jika hasil siasatan syarikat insurans mendapati pemandu menyewakan kenderaan itu kepada pihak lain, pemilik atau penyewa tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap syarikat insurans.

“Memang ada kes seperti ini dan kebanyakan­nya mendakwa hanya meminjamka­n kenderaan kepada kawan atau meletakkan nama penyewa baharu sebagai pemandu kedua. Biasanya ada kes yang terlepas namun prosedur tuntutan akan mengambil tempoh yang lebih lama manakala hanya pemilik kenderaan berhak menerima pampasan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia