Berita Harian

Beli kereta, tak dapat hak milik

-

pihak bank atau mempunyai rekod pembayaran yang tidak baik.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Hafizi berkata, akibat kesukaran orang ramai memohon pinjaman untuk membeli kereta ketika ini, sektor kenderaan bermotor semakin lemah hingga memaksa pemilik dan pengusaha kenderaan menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik perhatian pembeli.

Elak tanggung kerugian

Katanya, sesetengah penjual kenderaan terutama yang mengalami masalah aliran wang tunai berbuat demikian bagi mengelak daripada terus menanggung kerugian.

“Skim ini mungkin baik bagi mereka yang sanggup bayar berganda untuk mendapatka­n kereta dan tiada masalah melakukan pembayaran pada masa ditetapkan, namun bakal mendatangk­an masalah dan kerugian besar jika gagal melakukan pembayaran dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Pemilik diberi habuan

Hafizi berkata, biasanya syarikat kereta berkenaan akan bekerjasam­a dengan individu lain menggunaka­n nama dan dokumen untuk membeli kereta baharu yang mana keuntungan akan turut diberikan kepada pemilik kereta.

“Justeru, tidak hairan harganya juga berganda kerana keuntungan­nya akan dibahagika­n sedikit kepada pemilik kenderaan. Namun, saya tidak pasti bagaimana mereka mendapatka­n individu ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia