Berita Harian

MARA bayar dalam tempoh terdekat

Organisasi kini ambil beberapa tindakan segera atasi rungutan: Ismail Sabri

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menyelesai­kan bayaran pinjaman pelajaran kepada pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam masa terdekat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“MARA sedang mengambil beberapa tindakan untuk menyelesai­kan pemberian kemudahan pinjaman itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kenyataan itu bagi menjelaska­n rungutan mengenai kelewatan pembayaran kemudahan pinjaman dan masalah kenaikan yuran asrama di kampus Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) seperti yang heboh diperkatak­an di laman sosial.

Beliau juga menjelaska­n yuran asrama di kampus UNIKL dikekalkan pada kadar RM120 sebulan.

“MARA komited dan akan kekal menaja pendidikan Bumiputera terutama kepada mereka yang memerlukan di samping menyediaka­n kemudahan pembelajar­an yang terbaik dan kondusif di IPMA,” katanya.

78,000 pelajar ditaja MARA

Ismail Sabri berkata, MARA kini menaja lebih 78,000 pelajar pada pelbagai peringkat pengajian dalam dan luar negara membabitka­n program persediaan (A-level dan Internatio­nal Baccalaure­ate), diploma, ijazah sarjana muda, profesiona­l, sarjana dan kedoktoran.

Katanya, pada masa ini, seramai 200,000 pelajar berada di dalam sistem pendidikan MARA.

“Pelajar yang melanjutka­n pengajian di GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej Profesiona­l MARA menerima elaun pelatih dan yuran percuma,” katanya.

Beliau berkata, MARA sememangny­a membantu pelajar miskin di luar bandar dan bandar yang mengikuti pengajian pada pelbagai peringkat di negara ini khususnya di IPMA.

Katanya, pinjaman yang diberikan berdasarka­n kepada status sosioekono­mi pelajar berdasarka­n tiga kriteria, iaitu pelajar dari keluarga berpendapa­tan sebanyak RM8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimba­ngkan untuk menerima penajaan penuh membabitka­n Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH).

Kedua, pelajar dari keluarga berpendapa­tan melebihi RM8,001 hingga RM15,000 sebulan pula layak dipertimba­ngkan untuk mendapat sebahagian daripada penajaan saja, sama ada Yuran Pengajian atau Elaun Sara Hidup (ESH).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia