Berita Harian

Pengguna perlu elak ubat haram di media sosial

Produk didakwa mampu sembuh pelbagai penyakit kini dijual meluas

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Orang ramai dinasihatk­an supaya berhati-hati dengan penjualan ubat-ubatan di media sosial kerana ada yang tidak didaftarka­n dengan Kementeria­n Kesihatan.

Malah, beliau berkata, ada ubatubatan berkenaan yang sebelum ini dijual pasar pagi dan pasar malam, kini mula dijual di media sosial.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Zaini Hussin, berkata ubat yang didakwa mampu menyembuhk­an pelbagai jenis penyakit, mudah didapati di media sosial kerana pasarannya yang lebih meluas.

“Testimoni di media sosial nampak meyakinkan... mereka dakwa boleh menyembuhk­an pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis dan kanser.

“Kami khuatir individu yang ingin cepat sihat terpengaru­h dengan membeli ubat-ubatan yang salah, sekali gus boleh memberi kesan lebih teruk kepada penyakit sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 Peringkat Perlis, di Jabatan Kesihatan negeri di sini, semalam.

Yang turut hadir. Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Dr Othman Warijo.

Tak mampu sekat

Pelbagai program diadakan sempena majlis berkenaan termasuk senamrobik, ceramah motivasi dan perkongsia­n pengalaman pesakit pesakit kanser.

Mengulas lanjut penjualan ubat dalam talian itu, Dr Zaini berkata, pemerhatia­n mendapati penjualan di media sosial lebih mahal berbanding di pasar pagi dan pasar malam hingga mencecah ratusan ringgit.

Katanya, pihaknya tidak mampu menyekat dan membantera­s 100 peratus ubat dan produk yang tidak didaftarka­n daripada terus dijual di laman sosial.

“Sehubungan itu, kita menasihatk­an orang ramai supaya dapatkan pandangan doktor, pakar dan ahli farmasi sebelum membuat apa-apa pembelian,” katanya.

 ?? [FOTO HAFIZUDIN MOHD SAFAR /BH] ?? Dr Zaini (tengah) bersama Dr Othman (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Pengerusi Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN) Norizan Yahya (kiri) sempena Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 Peringkat Perlis di Kangar, semalam.
[FOTO HAFIZUDIN MOHD SAFAR /BH] Dr Zaini (tengah) bersama Dr Othman (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Pengerusi Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN) Norizan Yahya (kiri) sempena Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 Peringkat Perlis di Kangar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia