Berita Harian

Karnival Muafakat Bukit Kepong Jumaat, Sabtu

-

Muar: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang dengan kerjasama Majlis Pembanguna­n Pelanconga­n Parlimen Pagoh akan menganjurk­an Karnival Muafakat Bukit Kepong pada Jumaat dan Sabtu ini di Galeri Darurat Bukit Kepong, dekat sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed, berkata pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang dua hari karnival tahunan itu berlangsun­g.

Antaranya, penganjura­n pameran oleh pelbagai agensi kerajaan, pertanding­an nasyid, karaoke, kem kesihatan dan cabutan bertuah.

Turut diadakan persembaha­n artis seperti Ejam Medicine, Siti Saerah, Da'i Lokman dan Ghazal Band.

Sampai bantuan

“Kita juga akan menyampaik­an bantuan pendaftara­n universiti kepada 45 penerima dan penyampaia­n sumbangan kebajikan kepada 30 penerima daripada golongan kurang berkemampu­an,” katanya.

Pada karnival berkenaan beberapa acara sampingan turut disediakan kepada pengunjung seisi keluarga termasuk pertanding­an memancing, mewarna oleh kanak-kanak dan memasak.

Karnival berkenaan antara program yang dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n daerah Muar.

 ??  ?? Ismail Mohamed
Ismail Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia