Berita Harian

Siasat dakwaan jangkitan wabak kencing tikus

-

Melaka: Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat dakwaan jangkitan Rotavirus berpunca daripada air pancut di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, yang menjadi viral di media sosial.

Pengarahny­a, Datuk Dr Ghazali Othman, berkata pihaknya sudah mengambil sampel air di kawasan berkenaan dan keputusan ujian akan diketahui tidak lama lagi.

“Kami masih menjalanka­n kajian berhubung dakwaan itu dan memaklumka­n keputusann­ya kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian di Perbadanan Perpustaka­an Melaka (PERPUSTAM), Bukit Baru, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Amirullah Mohd Arshad.

Sejak kelmarin, tersebar dakwaan kononnya ramai kanak-kanak dihantar ke Hospital Melaka akibat jangkitan Rotavirus atau kencing tikus selepas mandi di kawasan air pancut di taman rekreasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia