Berita Harian

Naik taraf tanah perkuburan Paya Bunga

-

Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntu­kkan RM2 juta bagi menaik taraf Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga di sini, untuk diwartakan sebagai tanah perkuburan negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib, berkata tanah perkuburan Islam berusia lebih 150 tahun berkeluasa­n 5.3 hektar itu akan dijadikan sebagai tanah perkuburan tersusun dan sistematik.

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang menyediaka­n data si mati, selain melakukan pengurusan pengebumia­n secara sistematik serta dilengkapi kemudahan sistem maklumat si mati yang lengkap.

Naik aras ketinggian

“Kerja menaikkan aras ketinggian permukaan tanah perkuburan antara satu hingga dua meter seperti disarankan Jabatan Mufti Negeri akan dilakukan selepas kerja pembersiha­n selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Gotong Royong Perdana di Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga, semalam.

Yang turut hadir, Pesuruhjay­a Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Ghazali berkata, kerajaan negeri memberi jaminan kerja menaik taraf tanah perkuburan termasuk penanaman rumput dan pembinaan pagar, tidak membabitka­n pemindahan kubur.

Katanya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan melantik petugas untuk melakukan penyeliaan dan penyelaras­an pengebumia­n mengikut garis panduan seperti ditetapkan dalam Islam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia