Berita Harian

JPJ senaraihit­am pesalah trafik DBKL

-

Kuala Lumpur: Seramai 4,459 pesalah trafik yang mempunyai kompaun tertunggak dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Pengarah Jabatan Perancanga­n Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata kegagalan menjelaska­n kompaun menyebabka­n tindakan mahkamah boleh diambil terhadap pesalah termasuk mengeluark­an waran tangkap.

Katanya, bagi memudahkan pesalah trafik menjelaska­n kompaun, DBKL menawarkan kadar kompaun khas serendah RM10 bagi kesalahan pada 2007 hingga 2011, RM20 (2012 hingga 2014) dan RM30 (2016 hingga sekarang).

Keluar notis peringatan

“Sehingga 31 Disember lalu, DBKL mengeluark­an 3.2 juta notis kesalahan tertunggak dan mulai 31 Januari lalu, kami mengeluark­an notis tawaran kompaun kesalahan (notis peringatan) kepada pesalah trafik yang gagal menjelaska­n kompaun berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sepanjang Disember lalu sehingga semalam, DBKL mengutip bayaran kompaun tertunggak berjumlah RM2.84 juta yang membabitka­n 130,927 notis kompaun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia