Berita Harian

Lupa berzikir buat hati tak tenang

-

Manusia akan diuji dan hakikat itu memberi implikasi terhadap kehidupan yang memerlukan kekuatan bukan sekadar luaran, malah dalaman. Nilaian akhir bergantung cara kerja seseorang mengatasi segala liku ujian itu.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangka­n menerusi Islam Itu Indah di IKIMFM bahawa ujian boleh menerpa tanpa mengira keadaan, begitu juga ketenangan hadir tanpa mengira situasi dan kondisi.

Miskin, kaya, sakit mahupun sihat punya cabaran tersendiri dalam berdepan ujian dan solusi mendapat ketenangan kerana segalanya berpunca pada hati. Justeru, penting untuk punya hati yang kuat dengan bekalan zikir.

Lupa kepada Allah SWT adalah sebesar-besar musibah menimpa seorang hamba di dunia yang membawa kesengsara­an dan kebinasaan di akhirat kelak.

Kisah zaman salaful soleh yang tidak pergi menunaikan solat Subuh berjemaah dianggap musibah sehingga ada yang melawat rakan tidak hadir itu untuk diucapkan takziah kerana mereka percaya sahabat berkenaan sedang dilanda musibah apabila tidak menunaikan solat Subuh berjemaah.

Berbeza dengan senario hari ini, mengikut kajian 80 peratus rakyat Malaysia bukan sekadar tidak solat Subuh berjemaah, malah tidak mendirikan solat. Amat malang, saat aman untuk beribadah tetapi keingkaran menjadikan hati resah.

Sedangkan mereka yang berada dalam peperangan tetap hatinya berasa tenang dan mengaku diri kerdil. Penderitaa­n terlihat dari mata zahir tidak mampu mengatasi ketenangan mata hati. Sungguh, Allah SWT itu Maha Adil pada mereka yang sering ingat dan membesarka­nnya, hingga segala yang lain menjadi kecil dan mudah.

Dunia hari ini, ada negara dirundung masalah terlebih makan yang mengundang mudarat. Timbul gejala malas beribadah, nafsu melimpah, akhlak yang parah dan akhirnya menghadapi kematian dengan sakit asbab terlebih pada perkara tidak sewajarnya.

Refleksi hubungan dengan Ilahi

Di negara yang sedang bergolak, segala kekurangan membawa diri hampir kepada-nya dan berakhir usia dengan syahid. Antara mati syahid dalam peperangan menegakkan agama dan mati sakit menentang nafsu, itulah ujian yang dihadapi.

Justeru, Pahrol berpesan supaya menjadikan zikrullah sebagai agenda utama kehidupan kerana ia refleksi hubungan diri dengan Pencipta-nya. Percayalah, jika zikrullah dilupakan bermakna mengusir ketenangan hati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingati) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-ra’du, ayat 28)

Iman adalah makanan utama bagi hati dan zikrullah pula makanan sampingann­ya. Semakin tinggi keimanan seseorang, bertambah lazat zikir dan semakin berganda ketenangan hati yang diperoleh. Ketenangan hati hanya akan berfungsi jika ada zikir di dalamnya.

Petunjuk hati bersih

Iktibar teladan daripada salaful soleh, setiap kalimah memuji Allah SWT memberi kesan mendalam pada hati dan kehidupan mereka. Dibandingk­an umat hari ini, mengungkap kalimah yang sama memberi natijah berbeza kerana kurang penghayata­n.

Kalimah zikir mahupun doa hanya meniti di bibir tanpa menyangkut lintasan di hati. Sekadar berzikir atau doa, tetapi tidak berasa dalam hati perasaan hiba saat khusyuk berdoa.

Petunjuk hati bersih dan tenang adalah saat memaafkan, diikuti melupakan dan menyayangi individu yang menyakitka­n. Jika lidah sudah melafazkan kemaafan, tetapi hati masih rasa sebak dan tidak lega, berkemungk­inan besar kemaafan masih belum disusuli dengan melupakan.

Hanya segelintir daripada yang memaaf mampu melupakan seterusnya menyayangi. Itu tanda hati masih kotor. Terlalu jauh beza dengan sifat Allah yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Setiap manusia akan berdepan dengan pelbagai ujian. Justeru, pentingnya keimanan teguh disusuli zikir mampu memberi ketenangan dalam jiwa. Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam slot Islam Itu Indah di IKIMFM menerangka­n iktibar kisah salaful soleh yang sentiasa memuji Ilahi.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Berzikir meningkatk­an hubungan dengan Ilahi.
[FOTO HIASAN] Berzikir meningkatk­an hubungan dengan Ilahi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia