Berita Harian

Manfaat pergaulan untuk kebaikan

-

Daripada Sahal bin Saad assaadi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang beriman itu jinak dengan orang lain, maka tidak ada kebaikan orang yang tidak menjinakka­n orang lain dan tidak mahu dijinakkan oleh orang lain.” (Riwayat Ahmad)

Manusia diciptakan Allah SWT dalam keadaan suka bergaul antara satu sama lain dan hidup berkumpula­n. Oleh itu, banduan yang dikurung dalam penjara untuk tempoh lama berasakan ia satu seksaan yang menekan jiwa.

Ada masa bersendiri cari ketenangan hati

Memang ada masa kita perlu bersendiri untuk mencari ketenangan hati dan kedamaian jiwa, tetapi selepas itu kita berasa ingin kembali kepada fitrah bersama dengan yang lain.

Manusia yang baik ialah mereka yang suka bergaul dengan orang lain, bertukar fikiran, memberi nasihat dan menasihati. Mereka juga suka membantu dan ada waktu memerlukan bantuan orang lain.

Justeru, jika ada antara kita yang tidak suka bergaul atau bermesra dengan yang lain, tidak banyak kebaikan yang dapat kita lakukan dan jangan hairan jika kita tidak mendapat kebaikan daripada orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia