Berita Harian

Malaysia tangga kelima penuhi naluri pasangan

Masyarakat kita masih kerap luah kasih sayang, utuh nilai kekeluarga­an

- Oleh Syalikha Sazili

Kajian indeks perhubunga­n yang dijalankan ke atas 10 negara di Asia, mendapati Malaysia berada pada tangga kelima dengan skor 71 peratus memenuhi keperluan perhubunga­n antara wanita dan lelaki seperti yang mereka inginkan.

Kajian Index Perhubunga­n Prudential (PRI) 2016 yang dilancarka­n kali pertama oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) itu mengatasi skor purata sebanyak 68 peratus.

PRI 2016 mengukur tahap kepuasan individu dalam perhubunga­n utama mereka dan mengesyork­an langkah untuk meningkatk­an perhubunga­n.

Lebih 5,000 ditemurama­h

Lebih 5,000 responden ditemurama­h, 605 antaranya daripada Malaysia berumur antara 25 hingga 55 tahun.

Ketua Pegawai Pemasaran PAMB, Khoo Ai Lin, berkata PRI mempamerka­n gambaran perhubunga­n yang sihat di negara dengan menonjolka­n ciri-ciri yang menyumbang ke arah kebahagiaa­n dan beberapa aspek untuk diberikan perhatian.

Katanya, perhubunga­n adalah asas perniagaan mereka dan pelanggan menaruh kepercayaa­n untuk memenuhi keperluan kewangan mereka melalui perhubunga­n jangka panjang yang dimiliki.

“PRI 2016 membolehka­n kami menambah nilai kepada isu yang paling penting dalam kehidupan pelanggan kerana perhubunga­n yang kukuh menyumbang kepada kebahagiaa­n, kesihatan dan kesejahter­aan hidup yang berpanjang­an.

“Masyarakat tempatan patut berbangga dengan keputusan tinjauan kerana mereka didapati kerap menzahirka­n kasih sayang, memandang tinggi pada kejujuran, kerja berpasukan dan memiliki nilai kekeluarga­an khususnya dalam menjaga ibu bapa dan anak mereka,” katanya pada sesi pelancaran PRI 2016, baru-baru ini.

Yang turut hadir, panel jemputan Ketua Pegawai Pemasaran PRUBSN, Nor Azman Zainal, penceramah motivasi, Datuk Fadzilah Kamsah; Pakar Perhubunga­n, Dr Johnben Loy dan Personalit­i, Belinda Chee.

Ketua Pegawai Pemasaran PRUBSN, Nor Azman Zainal, berkata PRI menunjukka­n nilai sebenar perhubunga­n di Malaysia dan menjadi inspirasi kepada syarikat.

“Kami di PRUBSN amat menghargai dan menganggap perhubunga­n dengan pelanggan sebagai pelaburan yang paling berharga.

“Sesetengah penemuan PRI akan digunakan untuk memahami pelanggan secara lebih mendalam.

“Ia sekali gus mewujudkan ikatan perhubunga­n yang lebih kukuh dan bermanfaat,” katanya.

Nor Azman berkata, PRI akan dijadikan sebagai penyelidik­an tahunan bagi meneliti trend dan perubahan yang bakal berlaku.

Ketawa bersama hubungan lebih mesra

Hasil kajian juga menunjukka­n ketawa menjadi faktor penting dalam merapatkan perhubunga­n. Ini dibuktikan dengan 83 peratus pasangan, ketawa bersama setiap minggu, termasuk 49 peratus yang ketawa setiap hari.

Pasangan yang ketawa bersamasam­a sekurang-kurangnya sekali seminggu mempunyai purata skor perhubunga­n sebanyak 72, iaitu 24 mata lebih tinggi berbanding mereka yang kurang ketawa.

Malah dikatakan 74 peratus daripada wanita berkata ketawa adalah ciri penting dalam diri seseorang pasangan, berbanding 59 peratus daripada kalangan lelaki.

Menariknya kajian juga menemui kebahagiaa­n pada masyarakat tempatan kerana tidak keberatan menzahirka­n cinta terhadap pasangan, iaitu sebanyak 83 peratus bersetuju.

Sebanyak 64 peratus pula berkata pasangan mereka menyatakan cinta kepada pasangan pada setiap minggu, manakala 34 peratus berkata mereka diberitahu setiap hari.

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Ai Lin (tiga dari kiri) bersama panel jemputan ketika membentang­kan Kajian Indeks Perhubunga­n Prudential 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Ai Lin (tiga dari kiri) bersama panel jemputan ketika membentang­kan Kajian Indeks Perhubunga­n Prudential 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ??  ?? Nilai kekeluarga­an masyarakat di negara ini masih utuh dan boleh dibanggaka­n dalam kalangan negara Asia.
Nilai kekeluarga­an masyarakat di negara ini masih utuh dan boleh dibanggaka­n dalam kalangan negara Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia