Berita Harian

Laluan tikus

-

Laluan tikus

Bahasa Melayu: Laluan yang tidak sah di sempadan dua negara.

Istilah pertukanga­n: 1. Kayu yang dipasang melintang antara dua tiang bumbung (Glosari Dialek Melaka)

2.Kayu panjang semacam alang panjang, biasanya terdapat pada rumah dangau dan rumah panjang Kedah dan Perlis (Koleksi Khas NA Halim, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Contoh ayat

Baba: Tidak silap kau tengah buat rumahkan? Sudah siapkah?

Halim: Belum lagi. Tengah nak kumpul duit.

Baba: Iyalah harga barang pun naik. Upah pun sama.

Halim: Itulah. Tambah aku cadang mahu buat rumah kayu.

Baba: Amboi, mahal tu. Halim: Ya tapi lebih sesuai dengan iklim kita.

Baba: Kalau betul dan mampu bagus juga. Tapi jangan lupa laluan tikus.

Halim: Eh, aku mahu buat rumahlah, bukan nak buat seludup barang. Aku dah tak buat kerja-kerja lagu tu lagi.

Baba: Aku bukan cakap pasal laluan tikus dekat sempadan, tetapi ni kayu alang panjang antara tiang bumbung... eh kau ni rupa-rupanya penyangak yang seludup barang ya! Halim: Ops tersasul pula. Tak, tak. Aku dah insaf, dah tak buat benda yang salah tu lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia