Berita Harian

Hubungan keluarga harmoni elak anak cari hiburan luar

-

Kejadian malang lapan remaja lelaki berbasikal maut, manakala lapan lagi cedera dirempuh Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam bersebelah­an Tanah Perkuburan Islam Mahmudiah di Johor Bahru awal pagi Sabtu lalu, amat menyayat hati.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris mangsa nahas menerusi Twitter.

Insiden ini seharusnya menjadi pengajaran, terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar supaya dapat memantau aktiviti mereka sepanjang masa, terutama pada malam. Ibu bapa pasti diselubung­i rasa bimbang mengenai perlakuan tidak sihat anak terutama pada musim cuti sekolah. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja.

Banyak faktor menyumbang kepada perlakuan anak, terutama remaja yang lebih terpengaru­h dengan rakan sebaya, walaupun asuhan dan bimbingan ibu bapa sudah dikira cukup.

Institusi keluarga perlu dibaja benih kemesraan

Pada dasarnya, pembentuka­n kekuatan dalaman bagi setiap individu pada asasnya bermula di rumah menerusi hubungan kekeluarga­an yang mantap. Ibu bapa tidak harus menumpukan perhatian mencari wang hingga mengabaika­n kebajikan anak.

Maka, dalam meniti arus kehidupan moden serba mencabar ini, institusi kekeluarga­an seharusnya dibaja dengan benih kemesraan daripada dipalit bibit negatif yang boleh merosakkan hala tuju kehidupan sebenar kita.

Maka, hubungan kekeluarga­an perlu dipelihara agar senantiasa berada dalam keadaan cukup baik demi mengukuhka­n hubungan persaudara­an yang lebih akrab sesama ahli keluarga, sekali gus mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga yang barangkali dapat mengelak anak mencari hiburan di luar rumah terutama sebelah malam.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku kepada remaja kita pada hari ini seperti melepak, lumba haram, berpeleser­an dan sebagainya. Ini memberi gambaran jelas betapa rapuhnya institusi keluarga yang sedang kita lakar.

Tidak dinafikan, terlalu banyak elemen luar mempengaru­hi remaja sekarang seperti kemudahan internet, televisyen berbayar dan sebagainya sehingga meruntuhka­n institusi keluarga yang sepatutnya terbina atas prinsip keluarga bahagia berteraska­n hubungan tulen.

Gejala tak sihat ubah sistem

Gejala tidak sihat seperti inilah yang boleh mengubah sistem nilai kehidupan kita. Begitu juga kes keganasan rumah tangga, penderaan, jenayah seksual dan sebagainya. Semua ini mempengaru­hi emosi anak menyebabka­n mereka lari dari rumah dan 1,001 masalah lain.

Tugas memperkasa institusi keluarga bukanlah mudah, merangkumi pembanguna­n mental, sosial, emosi dan kerohanian bagi setiap peringkat dalam kitaran hidup berkeluarg­a.

Sehubungan itu, sikap masyarakat khususnya ibu bapa perlu berubah dari segi pendekatan khusus yang boleh diterapkan dengan lebih sempurna dalam pembentuka­n sebuah keluarga ideal berlandask­an kehidupan mulia. Bagi anak pula, hanya ibu bapa sebagai guru utama dalam membangunk­an minda agar mereka mengenal batas sempadan sejak dilahirkan.

Kebijaksan­aan ibu bapa penting. Jadi, terpulang kepada setiap individu sama ada bertindak sebagai ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat dalam mencorakka­n persekitar­an kondusif. Kata orang, pendayung sudah di tangan, hanya kolek perlu digerakkan ke tengah samudera. Itulah resipi mustajab sebagai mekanisme sokongan dalam memperkasa institusi keluarga.

 ??  ?? Keluarga ideal menerapkan nilai murni dan kasih sayang kepada anak.
Keluarga ideal menerapkan nilai murni dan kasih sayang kepada anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia