Berita Harian

Globalisas­i tuntut rakyat persiap diri dengan ilmu pengetahua­n

-

ke-21 dikenali sebagai knowledge age yang sangat menekankan kepentinga­n maklumat, kreativiti dan inovasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat penting penting dalam era knowledge age ini. Perkembang­an pesat ICT menjadikan dunia sebagai pentas kecil yang mudah terjangkau dalam waktu singkat.

Istilah penting yang dikaitkan dengan abad ini ialah globalisas­i dan liberalisa­si, lebih cenderung dikaitkan dengan bidang ekonomi tanpa menafikan kesannya kepada politik dan sosial.

Globalisas­i yang dikaitkan dengan ‘dasar langit terbuka’ menjadikan dunia ini seolah-olah tanpa sempadan atau desa sejagat.

Bentuk ekonomi era globalisas­ai ini adalah berasaskan knowledge base atau k-ekonomi. Persaingan menjadi cabaran utama dalam sistem ekonomi yang berasaskan k-ekonomi ini.

Antara cabaran kritikal dalam persaingan ekonomi global hari ini ialah cabaran untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengeta­huan tinggi dalam pelbagai bidang.

Pendidikan penting lahir rakyat berpengeta­huan

Dalam konteks ini, pendidikan adalah penting untuk melahirkan rakyat yang berpengeta­huan tinggi. Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-first Century

menyatakan bahawa pendidikan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestaria­n dunia pada abad ke-21 ini.

Spektrum ilmu yang diberi kepada pelajar tidak sepatutnya menjurus kepada pengetahua­n semata-mata, tetapi mesti juga merangkumi kemahiran dan nilai tambah lain seperti kemahiran berkomunik­asi untuk menjadikan mereka modal insan berkualiti tinggi dan mampu bersaing di pentas global.

Masyarakat saintifik dan progresif, menguasai perkembang­an ICT, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan.

Mana-mana negara yang berupaya membentuk masyarakat­nya menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT yang meluas akan dianggap mempunyai kelebihan, terutama dalam menguasai k-ekonomi yang sangat menekankan penguasaan maklumat dan globally networked.

Hakikatnya, dalam dunia hari ini kita tidak boleh ketinggala­n dalam persaingan global.

Justeru, masyarakat kita harus terus didorong untuk belajar dan belajar seperti disebut oleh Alvin Toffler, penulis terkenal yang menyatakan pendidikan hari ini mestilah berupaya melahirkan pelajar kreatif dan inovatif serta mampu menyelesai­kan masalah dan berfikir secara kritikal.

Lahir modal insan cemerlang

Penulis melihat pembelajar­an berasaskan penggunaan teknologi maklumat secara meluas (pembelajar­an digital) oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mampu melahirkan modal insan cemerlang kerana kaedah pembelajar­an itu mampu menjana daya kognitif dan kemahiran psikomotor pelajar dari pelbagai aspek.

Apa pun, dalam berhadapan cabaran globalisas­i, rakyat harus didorong mempersiap diri dengan menguasai pelbagai ilmu pengetahua­n.

Justeru, pembelajar­an sepanjang hayat mesti digalakkan supaya kita dapat capai hasrat itu. Laporan Report Of The Internatio­nal Commission On Education Forthe Twenty First Century

(UNESCO) menyatakan, pendidikan sepanjang hayat harus berasaskan empat tonggak, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk buat, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk menjadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia