Berita Harian

5 maut pesawat ringan terhempas

Kapal terbang rempuh bumbung pusat beli-belah di Melbourne

-

l Sydney

Ssebelum pusat beli-belah itu dibuka. Saksi memberitah­u, pesawat berkenaan meletup sebaik terhempas di atas bumbung pusat beli-belah itu. Seorang saksi melihat roda pesawat itu berada di atas jalan.

Bola api besar

“Kami difahamkan ia membawa bersama lima penumpang termasuk juruterban­g dan setakat ini semua dipercayai terbunuh di tempat kejadian,” kata Leane.

“Semua mangsa yang terbunuh adalah lelaki dan dua daripada mereka dalam perjalanan untuk bermain golf di King Island di Selat Bass,” menurut polis Victoria dalam satu kenyataan.

Seorang pemandu teksi yang memberitah­u ABC Radio: “Pesawat itu kelihatan lebih laju dari biasa dan seperti melanggar bangunan. Kelihatan bola api yang besar dan saya dapat merasakan bahang melalui tingkap. Saya nampak roda kapal terbang atas jalan.”

Polis mengesahka­n tiada pekerja pusat beli-belah atau sesiapa dari kawasan parkir yang cedera.

Sky News menunjukka­n bangkai pesawat bertaburan di kawasan letak kereta pusat beli-belah itu dan kepulan asap hitam dari lokasi kemalangan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Anggota bomba memadam kebakaran pesawat kecil yang terhempas di atas sebuah bumbung pusat beli-belah di Melbourne, semalam.
[ FOTO AFP ] Anggota bomba memadam kebakaran pesawat kecil yang terhempas di atas sebuah bumbung pusat beli-belah di Melbourne, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia