Berita Harian

7 korban pengebom bunuh diri di Pakistan

-

Peshawar: Pengebom nekad menyerang kompleks mahkamah di Pakistan, semalam dan membunuh tujuh orang serta mencederak­an 20 yang lain dalam insiden terkini mengenai kebangkita­n baru keganasan militan.

Ketua polis daerah Charsadda, Ijaz Khan berkata semua tiga penyerang itu membawa bom tangan dan senapang AK-47.

Seorang daripada mereka meletupkan diri di luar mahkamah manakala dua lagi dibunuh anggota polis sebelum mereka sempat masuk dalam bangunan.

“Pengganas ini datang dengan niat membunuh ramai orang dalam kompleks ini. Tujuh orang terkorban dalam kejadian ini,” kata Khan.

Insiden tembakan berlaku selama 20 minit di pintu masuk kompleks mahkamah.

Pakistan jadi sasaran

Sejak kebelakang­an ini, Pakistan sering menjadi sasaran serangan pengebom nekad dan dipercayai lebih 100 orang maut dibunuh militan sehingga kini.

Jurucakap Jamaat-ur-ahrar daripada kumpulan serpihan Taliban Pakistan mendakwa mereka bertanggun­gjawab dalam serangan menerusi kenyataan emel kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia