Berita Harian

Juventus tetap hormat Porto

Skuad gergasi Itali akui sukar berdepan tuan rumah di gelanggang keramat

-

̌

Pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci, menegaskan pasukannya perlu mempamerka­n aksi terbaik mereka sekiranya mahu mengatasi Porto dalam kelompok 16 Liga Juara-juara.

The Bianconeri akan bertandang ke Portugal untuk perlawanan pertama peringkat kalah mati yang akan berlangsun­g di Stadium Dragao, awal pagi esok.

“Ia memerlukan Juve yang hebat untuk mara dalam kancah Liga Juara-juara,” kata Bonucci. “Kami akan berdepan lawan yang dibarisi ramai tenaga muda yang tidak akan rugi apa-apa.

“Porto mungkin bukan antara kelab terbesar Eropah tetapi kami amat menghormat­i mereka. Mereka mengharung­i permulaan musim yang sukar tetapi berjaya mengatasin­ya.”

La Vecchia Signora mendahului Kumpulan H di depan Sevilla untuk mara ke pusingan kalah mati, manakala gergasi Portugal itu di tangga kedua di belakang Leicester City dalam Kumpulan G.

Gelanggang keramat

Sementara itu, bekas pemain Porto yang kini bersama Juventus, Alex Sandro mengakui bekas pasukannya memiliki semangat juang yang cukup tinggi dan tidak pernah mengalah.

“Jika mahu tahu mengenai Porto, mereka adalah pasukan yang akan berjuang hingga ke akhir. Mereka tak akan bagi laluan mudah terutamany­a di Estadio do Dragao. Mereka adalah pasukan yang memiliki individu hebat yang tidak akan mengalah.

“Saya masih ada ramai rakan di sana dan secara jujurnya, saya mengharapk­an mereka memenangi gelaran juara Portugal musim ini,” katanya.

Kawan jadi lawan

Pemain Brazil berusia 26 tahun ini mengakui, dia banyak belajar bagaimana caranya menyesuaik­an gaya permainan Brazil dengan corak permainan Eropah ketika bersama Porto.

“Saya sangat berbesar hati untuk kembali ke sana dan bertemu beberapa orang yang saya kenal.

“Tetapi apabila wisel dibunyikan, fokus saya tetap kepada Juventus dan bagaimana caranya kami perlu menang,” katanya.

“Datang ke sini (Juventus) adalah satu langkah besar dalam karier saya. Saya berjaya menambah sesuatu di setiap kelab yang pernah saya wakili dan tiada bezanya di sini (Turin),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia