Berita Harian

Arsenal akui bergelut tewaskan Sutton

-

London: Pengendali Arsenal Arsene Wenger berkata pasukannya hampir dimalukan pasukan bukan liga, Sutton United dalam kemenangan pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam.

Arsenal menang 2-0 di Gander Green Lane yang memuatkan 5,000 penonton, tetapi mereka dipaksa bekerja keras oleh pasukan yang berada 105 anak tangga di bawah mereka dalam sistem Liga Inggeris.

Gol jaringan Lucas Perez dan Theo Walcott, yang ke-100 oleh penyerang England itu bersama Arsenal, menjelmaka­n kemenangan buat pelawat, tetapi Sutton memberi saingan hingga ke akhir dengan bekas pelatih Arsenal, Roarie Deacon hampir menjaringk­an gol.

Ditanya sama ada keputusan itu sekadar mencapai matlamat, Wenger berkata: “Iya, bertemu pasukan yang cukup mengagumka­n.

“Mereka berada dalam divisyen kelima dan di tangga ke-17 daripada 24 pasukan. Saya tidak mungkin akan turun ke sana (untuk menguruska­n pasukan) kerana ia terlalu sukar.

Penonton baling botol

“Kami perlu mengekalka­n tumpuan. Saya puji pemain-pemain yang amat profesiona­l dan kekal fokus. Jika kami datang dalam kea- daan sambil lewa, mungkin kami sudah tersingkir kerana mereka menunjukka­n kualiti.

“Mereka berjuang habis-habisan dan kami langsung tidak mempunyai peluang untuk memperlaha­nkan rentak ketika permainan,” katanya.

Selepas tamat perlawanan, penonton meluru masuk ke padang dan botol minuman dibaling ke bangku simpanan. Namun Wenger tidak menganggap­nya sebagai satu insiden serius,” katanya.

Pengendali Sutton Paul Doswell bagaimanap­un mengecam situasi kurang menyenangk­an itu. “Ia mengecewak­an saya di akhirnya. Mereka tidak menyokong Sutton. Memang dungu,” kata Doswell yang pada masa sama berbangga dengan pencapaian anak buahnya mara ke pusingan kelima Piala FA buat pertama kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia