Berita Harian

Kategori CP150 ganti CP130

Saingan Cub Prix AAM musim ini saji perlumbaan lebih sengit

- Oleh Nazri Abu Bakar

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini bakal menyajikan perlumbaan lebih sengit menerusi pengenalan kategori CP150 bagi menggantik­an CP130.

Pengarah Safe AIM Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata pengenalan kategori baharu pada edisi perlumbaan ke-24 itu mendapat reaksi positif daripada pasukan, pelumba dan peminat.

“Apa yang pasti penggunaan teknologi terkini termasuk sistem suntikan bahan api dan unit kawalan Elektronik (ECU) dalam kerja pengubahsu­aian jentera underbone atau moped menggunaka­n perincian komputer akan lebih mencabar dengan pengenalan kategori CP150,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 di Litar Sukan Bermotor Antarabang­sa Melaka (MIC) Durian Tunggal, semalam.

Sesi ujian pramusim

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Tunku Mudzaffar Tunku Mustafa juga menjangkak­an pengenalan kategori CP150 itu akan menghangat­kan lagi perlumbaan.

“Semua pasukan yang menyertai sesi ujian pramusim di Litar MIMC jelas tidak sabar berlumba pada pusingan pertama di Temerloh, 4 dan 5 Mac ini.

“Kami mengharapk­an industri sukan permotoran akan terus berkembang dan melahirkan lebih ramai juara dengan pengenalan kategori baharu ini,” katanya.

Katanya, benua Asia sudah ditawan dan tidak mustahil selepas ini juara dunia bakal muncul dari Malaysia.

Antara pelumba yang pernah dilahirkan menerusi perlumbaan itu termasuk Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Chia Tuck Cheong diikuti generasi berikutnya termasuk Azlan Shah Kamaruzama­n, Ahmad Fuad Baharudin, Mohd Zamri Baba, selain Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi.

 ?? [FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] ?? Shahrol Yuzy (tengah) bersama pelumba Givi Honda Yuzy Racing, Muhammad Zaqwan Zaidi dan Muhamad Amirul Ariff Musa. (dari kiri) Sasitharen Sukumaran, Azroy Hakeem Anuar,
[FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] Shahrol Yuzy (tengah) bersama pelumba Givi Honda Yuzy Racing, Muhammad Zaqwan Zaidi dan Muhamad Amirul Ariff Musa. (dari kiri) Sasitharen Sukumaran, Azroy Hakeem Anuar,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia