Berita Harian

Super KIP tagih sentuhan ‘guru’

-

Kuala Lumpur: Prestasi dipamerkan pelumba Moto2 sensasi negara, Khairul Idham Pawi pada sesi ujian pramusim persendiri­an pertama tahun ini boleh dianggap positif ketika rakan sepasukann­ya, Takaaki Nakagami terus membuktika­n status selaku pencabar utama di kejuaraan berkenaan.

Justeru, Khairul Idham atau diberi jolokan Super KIP yang beraksi di Moto2 bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia akan menjadikan rakan sepasukann­ya itu sebagai guru untuk membimbing­nya, musim ini.

“Bagi saya, tahun pertama ini agak sukar kerana ramai lagi pelumba berpengala­man. Saya perlu cuba menyesuaik­an diri dengan jentera dan juga pelarasan enjin,” katanya.

Rakan sepasukan baharu Super KIP, Nakagami merakam masa terpantas selama dua hari berturut-turut sesi ujian pramusim persendiri­an di Valencia, Sepanyol yang berakhir kelmarin.

Ganti pelumba Thailand

Selepas melakukan 1 minit 35.531 saat (s) pada hari pertama, pelumba kelahiran Jepun itu memperbaik­i catatannya pada hari kedua dengan catatan 1:35.239s pada ujian di Litar Ricardo Tormo.

Super KIP pula mencatatka­n masa ke-13 pada kedua-dua hari ujian dengan mencatat 1:37.511 pada sesi pertama dan 1:36.740s pada sesi kedua.

Selepas mencipta kejutan dengan memenangi dua perlumbaan Moto3 musim lalu, tahun pertamanya di kejuaraan berkenaan, Khairul Idham, 19, dinaikkan pangkat beraksi di Moto2 musim ini menggantik­an pelumba Thailand, Ratthapark Wilairot.

Tahun lalu, Nakagami mendaki podium sebanyak empat kali, termasuk kemenangan di Grand Prix Belanda di Assen dan mengakhiri saingan keseluruha­n di tangga keenam.

Super KIP bertolak ke Barcelona, Sepanyol bagi mengharung­i sesi ujian pramusim persendiri­an pada 15 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia