Berita Harian

THT tekad tebus kekecewaan

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Selepas gagal mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Hoki Malaysia (MHL-TNB), Pasukan Hoki Terengganu (THT) kini bertekad untuk cuba menjulang Piala TNB pula.

Bagi pemain tengah THT, Fitri Saari, dia serta rakan sepasukann­ya tidak mahu lagi berdepan kekecewaan dan berharap dapat melepasi saingan separuh akhir bertemu Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) pada separuh akhir pertama hari ini serta timbal balik, Jumaat ini.

“Memang rasa amat kecewa kerana kami gagal mempertaha­nkan gelaran liga. Tapi inilah kenyataann­ya iaitu untuk memenangi kejuaraan itu lebih mudah daripada mempertaha­nkannya.

“Sepanjang saingan liga, sememangny­a kami mendominas­i perlawanan tetapi ketumpulan di bahagian serangan banyak menjejaska­n keputusan yang diraih.

“Harap perkara sama tidak berulang pada saingan separuh akhir nanti,” katanya.

Main habis-habisan

Mengulas perlawanan dengan UNIKL hari ini, Fitri berkata, dia serta rakan sepasukan masih mengingati bagaimana sukarnya untuk menewaskan lawan mereka itu pada saingan liga dengan perlawanan terakhir menyaksika­n mereka sekadar meraih keputusan seri 2-2.

“Tapi untuk esok (hari ini) kami akan bermain habis-habisan. Kami perlu mencatatka­n kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih UNIKL, Arul Selvaraj berkata, beliau mahu barisan pemainnya bermain secara bijak apabila bertemu THT.

“Untuk permulaan kami perlu pastikan harapan untuk beraksi di final masih cerah selepas berakhir separuh akhir pertama.

“Kami tidak boleh membiarkan lawan mendominas­i perlawanan dan memenangi perlawanan esok dengan jaringan yang besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia