Berita Harian

Anuar idam podium di Terengganu

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) mahu menamatkan peringkat pertama di negeri sendiri dengan memenangi podium dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2017 dari Kuala Berang ke Dataran Shah Bandar membabitka­n sejauh 124.8 kilometer (KM) hari ini.

Pelumba sensasi TSG, Anuar Manan, mengakui pasukannya memiliki sedikit kelebihan untuk mengunggul­i peringkat pertama kerana laluan kejohanan itu sering digunakan untuk menjalani latihan sebelum ini.

Begitupun, pelumba berusia 30 tahun itu berkata pasukannya tidak boleh terlalu yakin sebaliknya perlu bekerja keras menyusun strategi untuk memenangi podium kerana sedar persaingan hebat daripada pelumba handalan seperti Nippo Vini Fantini (Itali) dan Isowhey Sport Swisswelln­es (Australia).

Pasang strategi

Sasaran utama TSG pada perlumbaan tahun ini ialah mempertaha­nkan gelaran pelumba terbaik Asia ( jersi putih) yang dimenangi Mohammed Adiq Husainie Othman tahun lalu selain menaiki podium dalam peringkat pertama di bumi Terengganu esok (hari ini).

“Saya percaya selok belok laluan selain persiapan rapi yang kami lakukan di Melbourne, Australia akan membawa kejayaan kepada TSG sekalipun bersaing dengan pasukan handalan dunia sepanjang perlumbaan kali ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia