Berita Harian

Projek khas hadapi perang Frost, Chong Wei

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei dalam misi memburu gelaran sulung Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.

Ia juga adalah jalan penyelesai­an terhadap perang antara Chong Wei dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.

Keputusan yang dibuat menerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (CTC) itu menyaksika­n jurulatih perseorang­an, Hendrawan dilantik menjadi ketua jurulatih selain dibantu Tey Seu Bock.

Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

Hendrawan anggotai CTC

“Hendrawan akan terus memberikan laporan kepada CTC (tanpa perlu melalui Frost) dan dia juga akan membuat semua program dan perancanga­n bagi projek khas ini.

“Dia juga dilantik untuk menganggot­ai CTC. Kami percaya penubuhan projek khas ini turut memanfaatk­an lima lagi pemain yang lain kerana mereka akan bersama Chong Wei.

“Projek ini akan dilaksanak­an sehingga kejohanan dunia dan selepas itu kaji semula,” kata Pengerusi CTC, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia