Berita Harian

Perlumbaan bermula hari ini

Beberapa jalan utama Kuala Berang ke Dataran Shah Bandar ditutup

- Oleh Faizul Azlan Razak

Beberapa jalan utama dari Kuala Berang ke Dataran Shah Bandar sepanjang 124.8 kilometer akan ditutup secara berperingk­at sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2017 peringkat pertama, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Terengganu, Superinten­dan Abd Razak Hasan, berkata pelepasan pelumba di Kuala Berang bermula pada jam 11 pagi, dijangka memasuki bandar raya ini melalui Jambatan Sultan Mahmud pada jam 1.18 tengah hari dan tiba di Dataran Shah Bandar pada jam 1.30 tengah hari.

Pelumba kemudian akan berlepas di Pasar Besar Kuala Berang-kampung Gaung-kampung Telaga-kampung TajinKampu­ng Paya Akob-kampung Bukit Acheh-kampung MatangKamp­ung Kepah-kampung Tekawang-kampung Tok LawitKampu­ng Pasir Simpul-kampung Chapu-kampung Kuala Jeneris-kampung Pasir DulaKampun­g Basung-gerdong-pelong-kampung Langkap-kampung Sungai Tong.

“Pelumba akan memasuki Kampung Belara-kampung Pakoh Jaya-kampung Sungai Ikan-kampung Gemuruh-kampung Bukit Guntung-kampung Tepuh-kampung Bukit Berangan-kampung Padang Air-kampung Tok Jiring.

“Kemudian ke Kampung Batu Enam-kampung Pak Katak- Kampung Tebuak-jalan Kemajuan-jalan Cerong Lanjut-jalan Sultan Omar-jalan Sultan IsmailJala­n Sultan Mahmud-jalan Persinggah­an-jalan Sultan Zainal Abidin dan tiba di Dataran Shah Bandar.

Dua pusingan

“Pelumba akan melakukan dua pusingan dalam bandar raya ini membabitka­n sejauh 23 km di Jalan Pasar Payang-jalan Kota-jalan Kampung Daik-jalan Masjid Abidin-jalan Sultan Ismail-jalan Balik Bukit-jalan Hiliran-jalan Tok Ku-jalan Kemajuan (bersambung dengan laluan masuk perlumbaan – 5.4km dari garis tamat).

“Mereka kemudian meneruskan­nya ke Jalan Cerong LanjutJala­n Omar-jalan Sultan IsmailJala­n Sultan Mahmud-jalan Persinggah­an-jalan Sultan Zainal Abidin dan jangka tiba di garisan penamat di Dataran Shah Bandar jam 2.01 petang,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? Majlis memperkena­lkan pelumba TSG yang akan menyertai LTDL 2017 di perkaranga­n Pantai Hotel Primula, semalam.
Majlis memperkena­lkan pelumba TSG yang akan menyertai LTDL 2017 di perkaranga­n Pantai Hotel Primula, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia